Hai semuanya!

Dengan adanya media sosial ini, pelajar kini lebih mudah untuk mencari sumber maklumat yang berunsurkan akademik/pendidikan.

walauagaimanapun, pelajar juga harus belajar beberapa skill belajar yang betul supaya konsentrasi mahupun penerimaan input mengenai subjek yang kita ulangkaji akan jadi lebih mantap!

Siapa yang tidak mahu membanggakan orang tua/penjaga kita, kan?

Okay, di sini ada beberapa tips yang boleh admin kongsikan...dan ini adalah tips yang paling berkesan admin peroleh daripada Lim Teck Hoe.













Tidak asing lagi, Lim Teck Hoe adalah Pemegang Rekod Memory Asia yang sangat dikenali ramai!

wow!!!

Mari admin kongsikan beberapa tips yang sangat powerful untuk pelajar memantapkan lagi skill belajar !



















DI MANA ADA KEMAHUAN, DI SITU ADA JALAN!
  • Otak kita dicipta untuk mencari jalan bagi menemui kejayaan. Oleh itu, kita perlu menentukan apa yang kita cita-citakan agar otak kita akan bekerja keras untuk mencapai cita-cita tersebut.
  • Kita perlu ada cita-cita jangka panjang dan cita-cita jangka pendek. Cita-cita jangka panjang adalah untuk kita dewasa kelak dan cita-cita jangka pendek adalah seperti mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan.
  • Cita-cita yang ditanam haruslah tinggi dan spesifik untuk meningkatkan motivasi dalam pembelajaran.
  • Tuliskan cita-cita tersebut dan letakkan di tempat kita belajar supaya mudah dilihat.



















HARUS BEKERJA BERSUNGGUH-SUNGGUH!
  • Apabila kita berazam untuk menjadi pelajar yang cemerlang, kita perlu bersedia untuk bekerja dengan bersungguh-sungguh bagi mencapai keputusan yang diinginkan.
  •  Semua pelajar yang cemerlang melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai pelajar dengan bersungguh-sungguh.
  •  Pada zaman pendidikan yang semakin canggih, memang agak mustahil keputusan yang cemerlang dapat diperoleh dengan mudah.
  •  Namun, kejayaan yang diimpikan bukanlah mustahil sekiranya kita melakukan apa yang sepatutnya dengan bersungguh-sungguh.














AKSI MENJANA MOTIVASI
  • Ramai orang berpendapat bahawa motivasi menjana aksi. Maknanya, apabila kita bermotivasi, barulah kita akan bergerak dan melakukan sesuatu aktiviti. Namun, sebenarnya aksi juga dapat menjana motivasi. 
  • Cuba bayangkan, bagaimanakah kita dapat menjadi pelajar yang cemerlang sekiranya kita belajar dalam keadaan berbaring, meniarap dan membaca dengan tidak bersungguh-sungguh?
  • Untuk menjadi pelajar yang cemerlang, kita perlu sentiasa belajar dalam keadaan postur yang bersemangat. Dengan cara ini, otak kita akan terdorong dan bermotivasi untuk belajar.



















KELENGKAPAN KEPERLUAN BELAJAR YANG CUKUP
  • Pastikan semua kelengkapan seperti buku teks, uku kerja,buku rujukan, alat tulis, kamus, dan kertas berada berdekatan dengan kita sewaktu kita belajar.
  • Hal ini penting kerana seandainya sewaktu kita belajar, barang-barang yang diperlukan tidak ada dan kita perlu mencarinya, maka konsentrasi dan rentak belajar kita akan terganggu.
  • Apabila barang keperluan pelajaran tidak lengkap, kita juga akan terperangkap dalam aktiviti menghabiskan masa mencari barang-barang tersebut.



















PERSEDIAAN MENTAL SEBELUM KE KELAS
  • Suatu amalan yang sangat penting kita lakukan adalah kita harus menghadiri setiap kelas. JANGAN sekali-kali ponteng kelas.
  • Kita akan dapat memanfaatkan waktu belajar di dalam kelas, bilik kuliah atau seminar sekiranya kita bersedia terlebih dahulu. Persediaan yang dibuat sebelum menghadiri kelas akan kita menguasai pelajaran yang diajarkan dengan mudah.
  • Apakah  yang boleh kita lakukan?
  •  Baca bahan yang diberikan sebelum menghadiri kelas.
  •  Baca nota yang disediakan di dalam kelas sebelumnya.
  •  Cuba jangkakan ( anticipate ) apa yang bakal berlaku di dalam kelas.
  • Lakukan persediaan mental seperti memayangkan kita dapat menerima maklumat yang mudah, dapat memahami apa yang diajarkan dan dapat mengingat dengan mudah.



















PERSEDIAAN FIZIKAL SEBELUM KE KELAS.
  • Aktiviti fizikal dan bersukan yang sederhana sebelum masuk ke kelas dapat membantu meningkatkan fokus dan konsentrasi kita di dalam kelas.
  •  Aktiviti fizikal ini juga dapat membantu peredaran darah dan juga membantu otak meremeskan endorfin dan menyebabkan kita berada dalam keadaan bersedia. yakin dan relaks.
  • Kita boleh berjalan, berlari anak atau melakukan senaman ringan untuk membolehkan badan kita bersedia untuk belajar. Namun, jangan lakukan aktiviti sukan yang keterlaluan sehingga meletihkan badan.
  • Selain itu, pastikan kita tidak terlalu kenyang atau lapar di dalam kelas. Keadaan ini akan mengganggu konsentrasi kita. Pastikan terdapat bekalan minuman yang mencukupi. Air penting untuk membantu otak kita menumpukan perhatian terhadap sesuatu.



















KEDUDUKAN DI DALAM KELAS
  • Kita harus berada pada kedudukan yang paling sesuai untuk pembelajaran yang optimum. Pastikan kita dapat melihat papan hitam atau skrin dengan jelas. Kita juga harus mampu mendengar suara pengajar yang jelas.
  • Selalunya, kedudukan ini adalah pada barisan pertama atau kedua di dalam kelas. Kedudukan di hadapan juga akan meningkatkan komitmen kita terhadap pembelajaran kerana kita mudah dilihat oleh pengajar.
  • Dengan berada pada kedudukan yang strategik juga memudahkan kita melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti di kelas.
  • Pastikan postur belajar kita adalah optimum. Postur ini adalah sama seperti kita membaca atau mengulangkaji. Pastikan tapak kaki berada di atas lantai dan kita duduk dalam kedudukan yang selesa dan terbuka.


















RAJIN BERTANYA
  • Pelajar yang cemerlang sentiasa bertanya apabila tidak memahami sesuatu pelajaran. Kalau kita tidak bertanya, maka proses pembelajaran kita akan menjadi lambat.
  • Oleh itu, kita perlu segera bertanya kepada guru sekiranya terdapat perkara yang kurang difahami. Sekiranya bimbang perbuatan ini akan mengganggu perjalanan kelas, kita boleh mencatatkan soalan tersebut dan bertanya kepada guru apabila ada peluang.
  • Selain bertanya kepada guru, kita juga boleh bertanya kepada rakan atau ahli kumpulan belajar kita.
  • Di samping itu, kita juga perlu dan boleh bertanyakan soalan-soalan akademik kepada diri sendiri. Sediakan soalan-soalan yang perlu dijawab untuk membolehkan kita lebih memahami pelajaran tersebut.

   










TINGKATKAN KEBOLEHAN PENDENGARAN KITA
  • Pendengaran yang baik juga sangat penting sewaktu kita berada di dalam kelas atau bilik kuliah. Kalau kita dapat mendengar ajaran atau penjelasan pengajar dengan jelas, kita akan dapat belajar dan mengulangkaji dengan lebih mudah dan berkesan.
  • Oleh itu, kita perlu meningkatkan daya pendengaran supaya mampu mendengar perkara penting yang dibincangkan pengajar. Hal ini penting dilakukan kerana pembelajaran secara audio dapat meningkatkan tahap pemahaman dan ingatan kita.
  • Amalkan cara ini:
  • - Tolak cuping telinga keluar beberapa kali selama 5 minit. Aktiviti ini akan melancarkan peredaran darah dan membolehkan kepala kita menoleh ke kiri atau ke kanan dengan lebih jauh. Apabila kepala dapat digerakkan dengan lancar, telinga kita akan dapat mendengar dengan lebih berkesan.



LAKUKAN PENDENGARAN AKTIF
  • Dengar apa yang diajarkan oleh guru di dalam kelas dengan teliti. Cuba kaitkan apa yang didengar dengan apa yang telah kita ketahui.
  • Kemudian, cuba bertanya kepada diri kita tentang apa yang didengari dan buat kesimpulan tentang perkara tersebut. Namun kesimpulan tersebut boleh dibaiki, diubah atau ditukar sama sekali apabila kita mendengar maklumat yang baru.
  • Bertanya kepada guru sekiranya terdapat perkara-perkara yang kurang jelas dan tidak difahami.
  • Perhatikan gerak badan dan intonasi guru untuk mencari maklumat yang memerlukan lebih perhatian. Selalunya intonasi yang lebih tinggi dan penekanan suara dilakukan apabila seseorang itu mencuba untuk menerangkan sesuatu yang lebih penting.












NOTA & CATATAN DI DALAM KELAS
  • Apabila kita berada di dalam kelas, buatkan catatan atau nota yang bersesuaian. Namun, jangan membuat catatan pada setiap waktu. Ada kalanya kita perlu menumpukan perhatian terhadap penjelasan guru.
  • Pastikan kita hanya mencatatkan kata kunci, formula dan isi penting. Salin gambar rajah atau jadual yang ditunjukkan guru untuk rujukan. Selalunya, ia dapat membantu kita memahami pelajaran dengan lebih mudah.
  • Nota atau catatan yang dibuat haruslah:
  • - Sistematik : Contohnya, dalam bentuk susunan idea utama dan kata kunci.
  • - Kreatif : Dalam bentuk gambar rajah, warna atau Neuro Notes.
  • - Fleksibel : Dapat diubah, dibaiki, dan ditambah idea-idea baru.
  • Setelah kelas tamat, kita juga boleh mendapatkan nota atau catatan rakan-rakan sekelas untuk melihat sekiranya terdapat isi penting yang tertinggal. Sekiranya atas sebab tertentu kita tidak dapat hadir ke kelas, maka kita harus segera mendapatkan catatan atau nota daripada rakan sekelas kita.



















AKTIVITI SEJURUS SELEPAS KELAS/KULIAH 
  • Masa sejurus selepas kelas/kuliah adalah sangat penting dan merupakan masa optimum untuk menggandakan ingatan kita terhadap pelajaran yang baru saja diterima.
  • Pastikan kita melakukan ulang kaji dan paling tidak mengimbas nota dan catatan yang dibuat sewaktu kelas.
  • Perincikan sebarang gambar rajah atau jadual dan tuliskan pendapat atau kesimpulan daripada apa yang baru dipelajari.
  • Cuba tuliskan isi-isi penting yang terlepas sewaktu kelas/kuliah. Catatkan sebarang aktiviti tambahan yang perlu dilakukan seperti ulang kaji tambahan dan persoalan-persoalan yang perlu dijawab.



















ULANG KAJI SEBELUM KELAS
  • Pastikan kita melakukan ulang kaji sebelum memasuki kelas yang seterusnya. Kita hanya perlu meluangkan kira-kira 5-10 minit untuk melihat nota-nota dan catatan yang dilakukan pada kelas sebelumnya.
  • Hal ini penting untuk mengukuhkan ingatan kita dan pada masa yang sama akan membantu kita belajar dalam kelas yang seterusnya.
  • Sekiranya terdapat kerja rumah yang diberikan, pastikan kerja rumah tersebut diselesaikan seelum kelas yang akan datang.
  • Kemungkinan besar akan terdapat kesinambungan pelajaran dengan kerja rumah yang diberikan guru/pensyarah.
























JANGAN SESEKALI LEKA DENGAN KEJAYAAN YANG BERSIFAT SEMENTARA!


PASTIKAN KOMITMEN KITA TETAP KUKUH SEPANJANG MASA DAN KEKALKAN AMALAN BELAJAR CEMERLANG INI PADA SETIAP MASA! 










0 Comments