SEJARAH AWAL
  1.  Nama Sabah berasal dari sejenis pisang, iaitu "Pisang Saba". Sekarang disebut sebagai "Pisang Menurun" atau "Pisang Jaba" oleh etnik Bajau.
  2. Sabah meliputi bahagian Borneo Utara seluas 73 620 kilometer persegi.
  3. Kawasan pedalaman Sabah adalah bebas dan dikuasai oleh ketua-ketua suku kaum tertentu.
  4. Penduduk kawasan pedalaman hidup 'berasaskan undang-undang adat dan hukum adat setempat.

PEMERINTAH SABAH
  • Kesultanan Brunei ( Jajahan Pantai Barat Sabah; kurun ke-16 )
  • Kesultanan Sulu ( Jajahan Pantai Timur dan Utara Sabah; kurun ke-17 )

HUBUNGAN SABAH DENGAN BRUNEI
  1. Sejak kurun ke-9 Masihi, Sabah mempunyai hubungan dengan Brunei.
  2. Brunei mula menjadi kerajaan yang kuat semasa pemerintahan Sultan Bolkiah pada awal kurun ke-16.
  3. Ramai pedagang Islam mula  mengunjungi pelabuhan Brunei selepas Melaka jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511.
  4. Empayar kesultanan Brunei meliputi barat dan utara Borneo, kepulauan Sulu, Mindanao dan Manila.
  5. Jajahan kesultanan Brunei di Sabah meliputi kawasan pantai dari Pandasan ke Kimanis.
  6. Kawasan pedalaman dikuasai oleh pembesar tempatan seperti Syarif dan Imam.
  7. Sabah boleh dibahagikan kepada 2 bentuk pemerintahan ( Corak pemerintahan Sabah sebelum 1881 ), iaitu:
- Pemerintahan kesultanan ( Kesultanan Brunei & Kesultanan Sulu )
- Ketua tempatan bebas mempunyai hubungan rapat dengan Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu.


HUBUNGAN SABAH DENGAN KESULTANAN SULU
  1. Sulu telah menjadi sebahagian daripada wilayah Brunei sejak kurun ke-16.
  2. Pada tahun 1661, Sultan Brunei berjaya mematahkan percubaan pemberontakan untuk merampas kuasa dengan bantuan Sulu.
  3. Sultan Brunei telah menghadiahkan bahagian pantai barat dari Sungai Pandasan hingga ke Sungai Sibuku di pantai timur kepada Sulu kerana menghulurkan bantuan mematahkan pemberontakan di Brunei.
  4. Kesultanan Brunei, Kesultanan Sulu dan pembesar tempatan berjaya menyatupadukan penduduk di kawasan mereka.
  5. Dasar pecah dan perintah oleh British pada kurun ke-19 telah menyebabkan perpecahan penduduk setempat.

PETEMPATAN AWAL PENDUDUK SABAH
  1. Terdapat lebih daripada 23 suku kaum di Sabah.
  2. Penduduk Sabah tertumpu di kawasan persisiran pantai, muara sungai dan kawasan bukit di pedalaman.
  3. Suku-suku kaum utama ialah Kadazan atau Dusun, Bajau, Orang Brunei, Murut, Suluk, Sungai dan Bisaya.
  4. Kegiatan ekonomi mereka dipengaruhi oleh bentuk muka bumi kawasan yang didiami.
  5. Kumpulan etnik Dusun atau Kadazan dan suku Lotud dan Rungus serta Orang Sungai adalah petani.
  6. Mereka tinggal di kawasan dataran dan lembah sungai.
  7. Kegiatan utama mereka ialah menanam padi sawah, padi bukit, buah-buahan, mengutip hasil hutan dan memburu binatang.
  8. Kumpulan etnik Bajau tinggal di kawasan persisiran pantai. Kegiatan utama mereka ialah pelaut dan nelayan.
  9. Orang Bajau yang tinggal di perahu dikenali sebagai Samal.
  10. Penempatan penting orang Bajau ialah di Kota Belud, Semporna dan Papar.
  11. Orang Brunei tinggal di persisiran pantai. Kegiatan utama mereka ialah nelayan, menanam padi sawah, dan menjalankan perdagangan di sepanjang persisiran pantai berpusat di Teluk Brunei.

CARA HIDUP DAN KEBUDAYAAN

Pendidikan
  1. Pendidikan tradisional di Sabah bercorak tidak formal iaitu dengan cara belajar daripada ahli keluarga, tokoh tempatan, dan rakan di kawasan masing-masing.
  2. Penduduk di persisiran pantai mengajar anak mereka supaya menjadi nelayan, pesawah, penternak dan tukang.
  3. Penduduk yang telah memeluk agama Islam seperti orang Bajau dan orang Brunei mempunyai pendidikan yang lebih teratur.
  4. Orang Islam menggunakan sistem guru bagi mengajar agama.
  5. Mereka belajar di madrasah, surau, masjid dan rumah guru agama.
  6. Penduduk di kawasan pedalaman tidak mempunyai sistem pendidikan formal.
  7. Anak-anak mereka diajar cara mendaki bukit, menyumpit, memburu binatang dan memanjat pokok.
  8. Pendidikan mereka berasaskan animisme dan alam sekeliling.
  9. Pendidikan seperti ini bertujuan supaya setiap ahli masyarakat mewarisi nilai dan cara hidup kekeluargaan.
  10. Ilmu pengetahuan diterima secara hafalan turun-temurun kerana tiada sistem tulisan.
Peraturan & Adat Resam
  1. Setiap kumpulan etnik mempunyai peraturan adat resam tersendiri.
  2. Kehidupan mereka berasaskan undang-undang adat dan hukum adat.

BUMIPUTERA ISLAM
  1. Orang Bajau mempunyai hubungan kekeluargaan yang rapat melalui amalan gotong-royong.
  2. Upacara ngeduang, iaitu bertukar makanan semasa kenduri arwah dan Hari Raya Puasa memainkan peranan penting.
  3. Mereka merupakan pahlawan yang berani dan kuat mempertahankan agama Islam.

BUMIPUTERA BUKAN ISLAM
  1. Berteraskan undang-undang adat yang merangkumi aspek-aspek kelahiran, perkahwinan, peperangan dan kematian.
  2. Anggota masyarakat yang melanggar peraturan akan menerima hukuman.
  3. Hukuman ditentukan oleh hakim dan juri yang terdiri daripada orang-orang tua.
  4. Bagi kesalahan jenayah seperti membunuh, biasanya hukumannya adalah bunuh atau buang kampung.
  5. Bagi kesalahan yang lebih ringan, ganti rugi perlu diberi kepada keluarga mangsa.
  6. Tujuan hukuman diwujudkan ialah untuk mengeratkan semula hubungan pihak yang telah berselisih faham.
  7. Berikut merupakan jenis-jenis kesalahan;
Sistem Keadilan Orang Kadazan:
- Bagi mereka yang merosakkan harta benda orang, atau mencederakan orang lain.( Sogit )
- Bagi mereka yang melakukan pergaduhan ( Babas )
- Bagi mereka yang melakukan perbuatan sumbang ( Kepanasan )


KESENIAN
  1. Setiap kumpulan etnik mempunyai jenis tarian dan alat muzik masing-masing.
  2. Kebanyakan alat muzik tradisional Sabah diperbuat daripada buluh.
  3. Orang Kadazan mengadakan Tadau Kaamatan atau perayaan menuai setiap tahun. Antara upacara yang diadakan semasa perayaan Tadau Kaamatan ialah tarian Sumazau dan Pertandingan Unduk Ngadau atau ratu cantik dan jamuan makan.
  4. Perayaan ini menandakan berakhirnya musim menuai padi. Pesta Menuai dirayakan pada 30 dan 31 Mei setiap tahun.
  5. Ramai petani datang untuk menjual hasil tanaman mereka di tempat perayaan atau Tamu Besar.

SENI BINA
  1. Rumah panjang ialah tempat tinggal bagi orang Murut, Rungus, dan sebilangan orang Kadazan.
  2. Rumah panjang diperbuat daripada buluh, daun rumbia dan rotan.
  3. Berikut merupakan etnik dan petempatan rumah panjang di Sabah:
            - Etnik Murut ( Keningau & Tenom )
            - Etnik Rungus ( Kudat )
            - Etnik Kadazan ( Tambunan )


AGAMA & KEPERCAYAAN
  1. Masyarakat tradisional Saah mempunyai kepercayaan animisme sebelum kedatangan Islam pada kurun ke-15 dan kristian pada kurun ke-19.
  2. Orang Kadazan biasanya menyimpan tajau ( tempat penyimpanan mayat ) sebagai warisan pusaka turun-temurun.
  3. Sesetengah orang Kadazan menyembah Tuhan yang dikenali sebagai Kinorohingan.
  4. Gunung Kinabalu pula dipercayai menjadi tempat persemadian roh orang yang telah mati. Mereka menamakan Gunung Kinabalu sebagai "Aki Nabalu" kerana menurut kepercayaan mereka apabila seseorang itu mati, roh mereka akan pergi ke Gunung Kinabalu.
  5. Di kalangan orang Murut pula, mereka menyembah Aki Kopuno untuk memberkati akiviti harian mereka dan mengubati penyakit.
  6. Orang Murut meminta bantuan Aki Kopuno apabila sesuatu upacara diadakan seperti mengubati penyakit, memohon tanaman supaya subur dan meminta hujan.

KEGIATAN EKONOMI MASYARAKAT SABAH
  1. Ekonomi tradisional Sabah adalah bersifat sara diri.
  2. Penduduk di kawasan persisiran pantai iaitu Orang Bajau, Suluk, dan Orang Brunei menjalankan kegiatan menangkap ikan dan memungut hasil laut.
  3. Kegiatan ekonomi masyarakat Sabah dipengaruhi oleh bentuk muka bumi dan kawasan petenpatan. Di samping itu, perairan Sabah kaya dengan hasil laut seperti karang laut, agar-agar, trepang, tiram dan timun laut turut mempengaruhi kegiatan ekonomi di sini.
  4. Sebahagian kecil orang Bajau menjadi petani dan memungut hasil hutan.
  5. Orang Brunei yang tinggal di kawasan persisiran pantai bekerja sebagai nelayan dan pesawah padi.
  6. Orang Dusun, Kadazan dan Murut pula menjalankan kegiatan ekonomi sara diri seperti menanam padi sawah, memungut hasil hutan seperti damar, madu, rotan dan memburu binatang liar.
  7. Mereka tinggal di kawasan pedalaman dan hasil keluaran mereka akan dijual kepada penduduk persisiran atau pantai dan di Tamu.

PERDAGANGAN
  1. Sabah mempunyai hubungan perdagangan dengan negara China sejak kurun ke-8 Masihi.
  2. Perdagangan juga berlaku antara penduduk persisiran pantai dengan penduduk pedalaman kerana barangan  yang dikeluarkan adalah berbeza.
  3. Orang Bajau,Brunei dan Suluk menjual hasil laut dan beras.
  4. Orang Kadazan, Dusun, dan Murut pula memperdagangkan hasil hutan, ternakan, dan binatang buruan.
  5. Pertukaran barang-barang dilakukan di pasar mingguan atau Tamu. Di semenanjung Malaysia,Tamu dikenali sebagai pekan sehari. 
  6. Tujuan Tamu diadakan adalah untuk memudahkan para petani menjual hasil tanaman dan hasil hutan di tempat yang ditentukan seperti di pekan.
  7. Pembeli dan penjual akan berkunjung ke tempat ini.
  8. Sejak kurun ke-16, Sabah terkenal sebagai pengeluar sarang burung.
  9. Sarang burung dijual kepada pedagang China untuk dijadikan sup sarang burung.
  10. Pengeluar hasil sarang burung yang utama ialah di Gua Madai dan Gua Gumantong.



Fakta Ilmiah:
  • Tamu merupakan pasar minggu yang wujud sejak tahun 1870-an.
  • Tamu diperkenalkan supaya suku-suku kaum dapat menukar barang-barang yang berlainan. Juga, merupakan lambang keharmonian bagi penduduk Sabah.
  • Untuk mengelakkan pergaduhan dan rusuhan di kalangan suku kaum, ketua suku kaum mengangkat sumpah untuk  menjaga keamanan.


0 Comments