Puisi : Berawal Dari Sebuah Mimpi
Sumber foto: refaya.deviantart.com
Dari gaung yang terdalam,
Sehinggalah terbang tanpa sayap,
Aku seperti manusia penuh ngeri,
Bersahabat dengan suara mimpiku.
Ketika di satu insiden itu,
Aku ditemui banyak silang kata,
Sekali imbas melihat teka-teki,
Lalu menyerap tenaga khayalan itu.
Adakah ini mainan mimpi fikiranku?
Apakah iblis cuba mempermainkan mimpiku?
Apakah terselit sebuah makna kesedaran?
Atau memang aku sedang galau?
Dalam mimpi,
Aku bertemu dengan dosaku,
Ternyata dosaku memberi sebuah cerita,
Tentang misteri yang tidak terungkap.
Sejak itu aku takut mimpi,
Dramanya penuh kesan trauma,
Yang sulit untuk dimengerti,
Bayangan itu ibarat tetap tersimpan,
Dalam sebuah piring hitam persoalanku.
0 Comments
Terima kasih kerana sudi baca blog Jovie! Sebarang pandangan, cadangan dan penambahbaikan bolehlah diulaskan di ruang komen ini. Untuk hasil karya puisi admin adalah tidak dibenar sama sekali untuk meniru dan diambil sepenuhnya idea karya melainkan atas keizinan daripada admin.