Salam buat yang membaca blog ini, blog sehari-hari sederhanaku...


Mungkin cerita ini kelihatan biasa, namun ini luar biasaku apabila dapat berkongsi hari yang penuh sederhana ini. Syukur.


Permusuhan sepanjang pandemik masih membadai di luar sana, namun kupilih untuk tidak mahu menegur bahkan campur tangan. Semoga urusan anda semua dipermudahkan.


Apa yang indah kukecapi hari ini adalah dapat menumpu sepenuh perhatian pada kesabaran dan ketenangan hati. Membiarkan tubuh ini mengucupi rasa bahagia dengan menyampaikan doa iman dan pengharapanku kepada Tuhan. Kuanggap ini adalah sebagai langkah kecilku untuk menemui nilai syukur dalam apa jua hal yang baik menyinggah dalam batinku.


Di luar sana, ramai pengguna media sosial sangat bahagia menghiburkan diri mereka dengan memes postingan. Asal itu semua dapat menyembuhkan rasa kesunyian, ya...


Kini, aku cuba mencari sudut mana yang lebih mempengaruhi kekuatan aku dalam menempuh cabaran duniawi masa kini, mengandalkan bonda Maria dan Yesus dalam perantaraan hatiku agar aku selalu beringat akan hal kekudusan yang harus kujaga.


Malu untuk mengatakan bahawa meletakkan kebanggaan diri sebagai seorang katolik, namun aku tidak bertindak sesuai nilai kristiani itu sendiri. Maka, inilah masanya memperdalamkan niat dan tujuan demi memaknai sebuah kehidupan yang sebenar.


Tidak salah menjadi relijus asal jangan membandingkan penilaian luar tanpa mengenalinya lebih dalam.


Andai anda yang membacai postingan yang agak sedikit relijus ini, salam damai dan maaf jika menyinggung sedikit sensitiviti ( andai sebegitu penilaian anda terhadap postingan ini )


Adakalanya kita perlu kembali kepada-Nya yang selalu tidak meragui kesungguhan hati.


Semoga kita semua terus tekun dalam iman masing-masing ya...aminnn.