PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB PENGARAH :

Orang yang paling penting dalam mewujudan suatu persembahan produksi teater. Pengarah membangunkan konsep produksi, menjelaskan kepada pelaku/krew produksi, membantu krew mewujudkan peranan dan watak-watak dan menggarap keseluruhan persembahan produksi. 

Pengarah adalah seorang yang menerajui sesebuah produksi yang melibatkan kerja-kerja teknikal dan proses kreatif. Merupakan pemimpin kepada sekumpulan tenaga kerja pentas bagi melaksanakan kehendak kesenian yang menepati ilusi dan kreativiti. 

Maka itu, seorang pengarah harus jelas terhadap kerja seni yang ingin disempurnakan. Pengarah juga perlu mempunyai cara komunikasi yang boleh difahami oleh semua yang terlibat dengan produksinya.

Pengarah bertanggungjawab dalam mengkoordinasikan aspek-aspek lain di dalam sesebuah produksi seperti idea-idea untuk krew produksi. Berikut adalah tugas-tugasnya: 


Peranan :

  1. Mengkaji skrip
  2. Membuat treatment skrip
  3. Menentukan konsep pementasan
  4. Menyediakan rangka pementasan
  5. Menyediakan jadual latihan
  6. Membuat uji bakat dan pemilihan pelakon
  7. Menentukan tenaga produksi bersama dengan penerbit
  8. Menetapkan bentuk set, busana dan aspek teknikal dengan tenaga produksi
  9. Bermesyuarat dan menetapkan perbelanjaan serta keperluan bersama ajk dan tenaga produksi
  10. Menyediakan jadual que pementasan
  11. Mengadakan latihan dan raptai


Mengkaji Skrip :

  • Memahami dan menganalisis skrip dari segi plot, tema serta persoalan yang ingin disampaikan oleh penulis.
  • Menentukan gaya pementasan yang ingin disampaikan
  • Melakukan perubahan bagi penyesuaian persembahan jika perlu dengan syarat mendapat persetujuan daripada penulis asal.
  • Peruntukan masa
  • Kemampuan kewangan
  • Prasarana
  • Pelakon


Membuat Treatment Skrip :

  • Kemampuan pelakon
  • Kesesuaian pentas
  • Masa
  • Peruntukan kewangan


Menentukan Konsep Pementasan :

  • Aliran
  • Cerita - latar/zaman
  • Memilih dan mengembangkan konsep keseluruhan produksi
  • Menerangkan konsep persembahan yang dikehendaki kepada semua pelaku serta petugas lain
  • Menggunakan semua ilmu dalam seni persembahan yang diketahuinya untuk melaksanakan realiti konsep persembahan
  • Menggarap unsur-unsur dramatik dan estetik dalam sebuah persembahan
  • Kesesuaian sasaran
  • Kemampuan


Lakonan/ Perlakuan :

  • Memahami watak-watak ( peranan - peranan ) - fizikal, psikologi, mental
  • Menetapkan jenis watak dan perwatakan dalam persembahan
  • Memilih pelaku ( dengan menggunakan pelbagai kaedah untuk memilih )
  • Menjadi pengajar, pengkritik, pemimpin, sahabat, pendisiplin, serta penggarap pada sebuah persembahan
  • Mengarah latihan serta menyusun ruang lakon para pelaku di atas pentas
  • Menyediakan jadual latihan

Teknikal :
  • Memahami keperluan hiasan latar ( setting ), kostum ( busana ), tatacahaya, tatarias supaya sesuai dengan konsep yang dipilih
  • Bekerjasama dengan petugas-petugas produksi yang lain dengan berjumpa dan berbincang dengan pereka-pereka tentang konsep produksi
  • Menetapkan apa yang dikehendakinya dan pereka-pereka mesti menyediakan perkara tersebut
  • Mengadakan perjumpaan dengan pasukan teknikal dari semasa ke semasa untuk meninjau perkembangan setiap seksyen


Menyediakan Jadual Latihan :

  • Latihan baca skrip
  • Warm up dan vokal
  • Blocking
  • Poket
  • Latihan teknikal
  • Latihan keseluruhan
  • Raptai penuh


Jadual Que Pementasan :

  • Susun Atur Persembahan
  • Kelancaran Pementasan
  • Senarai Semak Tenaga Produksi/Kreatif ( Terutama pengurus pentas/petugas )
  • Letakkan que dinding kanan dan kiri