Pengurus produksi bertanggungjawab memaparkan elemen-elemen artistik sebuah produksi tetapi tiada produksi mampu dipersembahkan untuk tontonan tanpa komponen teknikal dan business.

Oleh itu, koordinasi elemen-elemen itu sangatlah mustahak dan orang yang bertanggungjawab sepenuhnya untuk mengkoordinasikannya ialah pengurus.

Pengurus bertanggungjawab dalam aspek-aspek 'business' mendapatkan dana.

Antara tugasnya ialah :

  • Mencari wang untuk membiayai produksi
  • Berhubung dengan pihak luar yang meminta produksi atau pembiaya produksi ( client )
  • Mencari serta mendapatkan hak atau kelulusan skrip yang mahu dipentaskan ( sekiranya ada )
  • Mendapatkan pengarah, pelaku, pereke bentuk, petugas pentas, dan lain-lain yang berkaitan dengan produksi
  • Menyewa dewan, panggung, atau ruang persembahan ( jika perlu )
  • Menyelia tugas-tugas perlaksanaan produksi
  • Membuat promosi ( jika perlu )
  • Menyediakan perbelanjaan untuk produksi
  • Membuat laporan hasil produksi untuk dijadikan dokumentasi 



Sumber maklumat : pyianj.blogspot.com