Maggie Sedap Menggamit Memori
Happy Saturday!
Moga kita semua beransur pulih dan aman damai.
Ini bukan soal paid review makan maggie, ataupun sajak tentang maggie...
Ceritanya tentang si bapa, yang makannya gelojoh setelah berhempas pulas dia maju tambah baik menyimen di luar sebelah tandas rumah.
Itulah sebahagian daripada target sisa-sisa masa lapangnya sejak bergelar seorang pesara separa kerajaan. Satu-satu list masa lapangnya dibuat, untuk mengisi kebosanan diri.
Melimpah-limpah peluh yang berbasahan di tubuhnya, beraktivitas di atas pancaran panas terik. Syukur selesai sebelum waktu tengahari.
Slurppp...suara kesedapan dan kenikmatan dari kunyahan maggi bapa cukup buat saya mengidam untuk makan sesuatu yang lazat. Lalu saya dengan apa yang dapat dan sempat saya sediakan untuk sarapan lewat saya, buat susu nestum. Mengetum kata orang, hahahaa.
Sini saya menaip dalam blog ni dengan nestum yang siap dihidang atas meja. Sambil duduk, dengar suara dari aplikasi Tik Tok. Bapa sangat ketagih tonton Tik Tok sejak ada handphone baru.
Jangankan, bapa saya tidak akan ketinggalan. Daripada anak juga yang mempengaruhi dia sebenarnya. Anaknya yang memuat naik, sikit tunjuk ajar lepas tu tidak lama jaguh dah jarinya skroll skrin. Hahahaa...
Setelah itu terubatlah hati kebosanan dia, sebelum ini jarang dengar dia ketawa kali ini sampai hilang suara dia hahahahaa...
Samalah umpamanya ketika kita makan maggi, dinikmati supnya dan kita makan sampai kenyang. Ya, seumpama itu juga ketika kita mahu mengisi kebosanan yang melanda. Kita perlu hiburan untuk menyenangkan hati kita sendiri.
Mungkin biasa bagi orang lain, tapi jauh di hati ia mengubati hati kita sendiri. Harus segera cari ubat penyelesaiannya.
Maggie? Tik Tok? Ah, tiada kaitan dan bukanlah suatu keperluan utama dalam hidup. Itu cuma hiburan dan kekenyangan sementara. Tidak boleh terlalu dibiasakan dalam seharian kita.
Kita jadi leka fikir dunia kita sampai lupa keadaan sekeliling, ini fakta bukan auta.
Jovie pun satu. Sejak pandemik, sepatutnya beri peluang untuk hibernate seketika daripada parah dunia sosial maya, tapi sebaliknya.
Saya tetap mencontohi part baik bapa saya. Bertukang sedikit demi sedikit, pergi kebun mengerjakan tanaman, menyibukkan diri dengan aktiviti yang mengeluarkan peluh. Bukan macam saya, duduk diam tak fikir luar. Terlalu memikirkan masalah sendiri. Saya sedar diri saya sudah ke situ...maka saya sendiri yang harus bertanggungjawab dengan soal peranan hidup.
Kesimpulannya, maggie dan Tik Tok bukan jaminan penting seumur hidup. Buatlah sesuatu yang memuaskan jasmani dan emosi. Mudahan apa yang terisi di sini, buat ingatan diri sepanjang masa.
0 Comments
Terima kasih kerana sudi baca blog Jovie! Sebarang pandangan, cadangan dan penambahbaikan bolehlah diulaskan di ruang komen ini. Untuk hasil karya puisi admin adalah tidak dibenar sama sekali untuk meniru dan diambil sepenuhnya idea karya melainkan atas keizinan daripada admin.