Disember; bulan penuh rahmat bagi semua umat kristian. Semua persiapan krismas menjadi perhatian paling menerujakan bagi masyarakat yang sama-sama menyambut perayaan ini.

Sebenarnya, tidak tahu apa lagi ingin diceritakan dalam blog kecil ini. Sekadar mengirim khabar melalui blog. Siapa yang kebetulan terbaca blog ini, sia-sia rasanya baca sampai habis hahhaa...

Ndak bah! Cuma ingin berkongsi firasat dari sudut andaian teka teki dalam hati saja. Disember ini bercampur baur rasanya, ada fasa sedih, kecewa, marah, sampai satu fasa di mana hilang komunikasi dengan lingkungan sekeliling.

Pelbagai teka teki fikiran yang membuatkan saya kembali trigger dengan kesalahan masa lalu, takut dan rasa ingin memencilkan diri. Terkadang terasa seperti telah membuli diri sendiri. Mengugut diri sendiri.

Ya, terkadang semangat positif pun boleh berubah jadi negatif pada diri sendiri. Mungkin bila sampai saatnya, kesihatan diri perlu dirujuk secara lebih khusus. Takut emosi yang terkadang mengelirukan hati ini terus menerus menyakitkan diri sendiri.

Hakikatnya, secara tidak sedar kita telah menjadi toksik pada diri sendiri. Akhirnya memakan hati sendiri.

Setiap hari kutuai fikiran dengan hal lalu, yang masih belum terlunas penyelesaiannya. Kesannya pada gaya rutin harian seperti amalan pemakanan yang tidak sihat. Minum manis berlebihan, selera makan pun menurun, apatah lagi klau soal untuk mencuba menenangkan diri. Ini perlu masa untuk saya berjuang memulihkan keadaan emosi saya.

Orang lain mungkin mudah untuk mengurus keadaan emosi, tetapi sifat seperti saya yang jenis highly sensitive memang akan terus memendam dan perlahan akan menghindarkan diri jika masalah itu bertubi-tubi diungkit secara sengaja/tidak sengaja.

Susah kan hendak mengenali keperibadian seorang introvert? Ok, mahu jugalah saya kongsikan sifat saya yang memiliki sifat introvert yang tegar.

Saya membesarkan dengan attitude yang bersahaja, suka akan cabaran terkadang bersaing untuk memantapkan kualiti diri. Tetapi satu kelemahan seorang yang sangat pendiam atau spesis berat mulut ini, dia senang dibuli dan highly people pleasure hingga sendiri terabai untuk menjaga dirinya. Ini kenyataan, bukan perhatian atau ucapan remeh. 

Hendak mengasihani diri sendiri, namum difikirkan memang padan muka kerana sendiri tidak tahu belajar untuk melindungi dan mempertahankan hak peribadi.

Terkadang orang luar tidak menyedari apa yang mereka perlakukan pada seorang budak seperti ini akan memberi kesan sakit hati pada diri mereka, bahkan mungkin akan kurang rasa kepercayaan terhadap orang yang sentiasa bermain dalam kepalanya, seumur hidup.

Keluar dari lingkungan yang mempunyai kecenderungan melukakan dan terus melukakan dengan permainan prinsip tikam belakang. Lingkungan seperti ini selalu berisiko mendatangkan ketidakselesaan hubungan sesama. Mana mungkin kita tahan duduk di bangku yang berduri, betul? Kalau sudah tahu cili itu pedas, mana mungkin kita mahu makan benda yang memang sudah pasti tahu ia akan mendatangkan padah pada diri sendiri.

Semuanya berbalik pada diri kita sendiri, mahu bertahan dalam kerumunan sampah atau niat berpindah pada lingkungan yang membersihkan niat? 

Apapun, hidup memang berproses. Akan sentiasa dihadiri dengan pelbagai rintangan baru. Orang hanya melihat di luar personaliti kita, mereka tidak tahu bagaimana seorang individu itu berproses dalam setiap langkah perjalanannya.

Sunyi adalah jalan yang harus dinikmati lorong terowongan perlahan-lahan. Seperti orang buta, meski berjalan dalam kebutaan, tetap harus waspada dan belajar mengharungi setiap liku perjalanan. Jangan terus berhenti belajar mengenal dunia cabaran.

Wahai toksik, sesekali janganlah menyebarkan keaiban sesama. Cukup beri semangat dan saranan untuk kita lebih semangat hidup bersama!

Maaf.