Ingatlah Petikan Ayat Ini Ketika Kamu Sedang Jatuh
ketika kamu sedang bimbang,
"Janganlah khuatir akan apa pun. Dalam segala hal, berdoalah dan mintalah kepada Allah apa yang kamu perlukan. Apabila berdoa kepada Allah, hendaklah kamu selalu mengucap syukur." ( Filipi 4:6 )
Ketika kamu sedang mengalami kekecewaan, tetaplah beringat...
" Terpujilah Tuhan yang telah memberi umat-Nya kesejahteraan seperti yang dijanjikan-Nya melalui Musa,hamba-Nya. Semua yang baik yang dijanjikan-Nya telah ditepati-Nya." ( 1 Raja-Raja 8:56 )
Ketika kamu sedang marah,
" Orang yang berpengetahuan tidak banyak bercakap. Orang yang berpengertian sentiasa tenang."
( Amsal 17:27 )
Ketika kemurungan menguasai jiwa, ingatlah bahawa...
" Selepas itu, api datang, tetapi Tuhan tidak menyatakan diri dalam api itu, Kemudian suasana menjadi senyap, lalu terdengar suara yang lembut bagaikan bisikan." ( 1 Raja-Raja 19:12 )
Ketika kamu merasa sedih, selalulah mengingati pesan-pesan ini...
" Bersukacitalah dengan mereka yang bersukacita,dan menangislah dengan mereka yang menangis."
( Roma 12:15 )
" Bahkan dalam kesengsaraan pun aku terhibur, kerana janji-Mu memberi aku hidup."
( Mazmur 119:50 )
Ketika kamu menerima kritikan, hendaklah kamu beringat selalu...
" Sesiapa mahu berbangga, hendaklah dia berbangga dengan apa yang sudah dilakukan oleh Tuhan."
( 2 Korintus 10:17 )
"Kelakuan kamu...hendaklah begitu baik sehingga apabila mereka menuduh kamu sebagai orang jahat, mereka terpaksa mengakui perbuatan kamu yang baik, dan memuji Allah." ( 1 Petrus 2:12 )
Ketika kamu menghakimi, ingatlah bahawa...
" Aku tidak menilai orang seperti cara manusia menilai orang. Manusia melihat rupa tetapi aku melihat hati." ( 1 Samuel 16:7 )
Ketika kamu sedang merungut tentang hal apapun, beringatlah...
" Mereka pasti bersyukur kepada Tuhan untuk kasih-Nya yang kekal, untuk perbuatan yang menakjubkan yang dilakukan-Nya bagi mereka." ( Mazmur 107:21 )
Ketika kamu menghadapi percubaan di luar, ingatlah bahawa...
" Dosa menunggu untuk masuk ke dalam hatimu. Dosa hendak menguasai dirimu, tetapi engkau mesti mengalahkannya." ( Kejadian 4:7 )
Ketika kamu sedang dalam penderitaan, ingat bahawa...
" Kasih Tuhan abadi dan rahmat-Nya tidak berkesudahan." ( Ratapan 3:22 )
0 Comments
Terima kasih kerana sudi baca blog Jovie! Sebarang pandangan, cadangan dan penambahbaikan bolehlah diulaskan di ruang komen ini. Untuk hasil karya puisi admin adalah tidak dibenar sama sekali untuk meniru dan diambil sepenuhnya idea karya melainkan atas keizinan daripada admin.