" Melakukan kekerasan terhadap suara hati berarti melukai manusia secara serius, mengakibatkan penderitaan yang sangat pada martabatnya. Dalam erti tertentu, lebih buruk dari membunuh."

Paus Yohanes XXVIII 

( 1881-1963, Paus yang merencanakan Konsili Vatikan II )


Setiap manusia pasti mempunyai hati nurani yang mengarah pada kebaikan dan kelembutan jiwa. Bagi kita sebagai umat katolik, itu adalah sebahagian daripada anugerah suara Ilahi yang penuh dengan berkat yang berkelimpahan.

Pandemik telah membuat manusia jatuh terpuruk dalam bencana emosi kerana kehilangan pekerjaan, keterpurukan berkurung di rumah yang sebelum ini tidak pernah dilalui melainkan kejadian pandemik puluhan atau ratusan tahun dahulunya.

Semakin lama, gereja sudah mulai kehilangan anggota kerana ketakutan yang masih bermaharaja lela dalam fikiran, sebahagian daripada trauma yang memberi kesan hitam pada seluruh penduduk bumi.

Syukur, sungguhpun pandemik wujud, perlahan pintu gereja telah menerima kehadiran umat walaupun belum semeriah sebelum pandemik. Syukur, puji Tuhan...

Kembalilah kepada Tuhan, kerana melalui-Nya kau kan menemui ketenangan dan kedamaian dalam jiwa di tengah pandemik ini.

Anggaplah pandemik ini adalah ujian yang Tuhan berikan, kerana Tuhan izinkan kita mengharungi sebahagian daripada cabaran kehidupan. We try, try, try...and keep God in your heart for your faithful journey...

Sungguhpun dunia begitu keras mengancam kesabaran kita, usah kita pula yang berkeras kejam terhadap kesihatan mental. Jiwa yang lembut selalunya berakhir pada kedamaian yang mengirim cinta yang mengubatkan dan menyelamatkan sesama.

Izinkanlah Tuhan bertakhta di hatimu, dengarkanlah suara hati-Nya. Dia bekerja dalam diam untuk menyelamatkan walau dengan cara apa sekalipun. Jangan tinggalkan Dia!

Yet, you will learn from your long journey during pandemic.

Never forget God who will lead you to the faith!

Tuhan memberkati.