Hari - Hari Didatangi Raksasa Kemelut
Di mana hari-hariku cuma dihadapi dengan penuh kekosongan dan kehampaan, ada suara kemelut yang terus bergelut dalam ruang fikir. Menidakkan itu tidak mungkin, seolah mencuba lari dari kenyataan hidup juga ada. Namun, kurasai bahawa diriku tidak seceria seperti sebelumnya, yang jiwanya penuh rasa keterujaan dan kesempurnaan hari-hari sederhananya.
Pergumulan yang benar-benar memakan semangat positiviti hati, akhirnya memilih untuk melakukan relaksasi diri. Biarlah mencuba rehat dari sosial maya, mengelak daripada berhubung untuk menjaga jarak kestabilan hati.
Lalu, di situ aku menemui ketenangan...memainkan musik syurgawi, rohani dan memperbaharui semula iman yang telah hilang sejak pandemik.
Ada sangkakala yang benar-benar menghidupi semangat imanku, Dia menghadirkan sebuah penghiburan di saat teduhku. Tidak henti di sini, kuteruskan pencarian sangkakala batin untuk menyahut panggilan kudusnya.
Imanku tidak mati, cuma tertidur dari bangkit kesungguhan.
Syukur, terima kasih Tuhan.
0 Comments
Terima kasih kerana sudi baca blog Jovie! Sebarang pandangan, cadangan dan penambahbaikan bolehlah diulaskan di ruang komen ini. Untuk hasil karya puisi admin adalah tidak dibenar sama sekali untuk meniru dan diambil sepenuhnya idea karya melainkan atas keizinan daripada admin.