My Diary Episode
Hehee...
Blogging hanya apabila Jovie rajin dan ada masa menyinggah blog.
Bukan bererti Jovie terus menghilang, ya?
Blog juga sebahagian daripada catatan peribadi Jovie, perkongsian sederhana saja.
Tidak terikat pada bentuk teknikal mahupun cara formal sekalipun, santai saja seperti peribadi bloggernya...hehee.
Semenjak pandemik ini, Jovie banyak meluangkan masa dalam rumah saja. Jarang sekali keluar dan berjalan-jalan dengan kawan-kawan melainkan untuk urusan kerja saja. Jovie ada alasan tertentu kenapa Jovie banyak memilih duduk diam saja di rumah. Salah satunya, jimat pakai mask, hahahaaa...
Tingkat pergaulan secara bersemuka banyak terhad kepada ahli dalam rumah saja, bahkan Jovie tidak masuk campur aktiviti luar yang melibatkan perkumpulan beramai-ramai. Mungkin kali terakhir Jovie bersemuka dengan orang sewaktu menghadiri bengkel manuskrip, tahun lalu.
Bosan duduk diam dalam rumah, tapi ini saja langkah terbaik untuk Jovie melindungi diri sendiri. Sebenarnya, bagi golongan introvert aktiviti sebegini tidaklah rumit. Bahkan, Jovie berasa lebih selesa dapat melakukan apa saja kemahuan Jovie, tidak terikat mana-mana bentuk komitmen.
Mahu bangun lambat pun tiada masalah, mahu makan anytime pun boleh ( asal jangan lupa makan, sudah ), ada banyak masa peribadi. Sangat selesa, enjoy "me time", nikmati masa-masa begini sebelum nanti-nantinya akan berhadapan dengan situasi rutin kerja seperti biasa tidak lama lagi ( sekadar ramalan peribadi keadaan dunia kembali normal seperti biasa, bebas pandemik ).
Membaca, benar-benar meningkatkan kualiti diri Jovie sebagai seorang penulis yang masih mentah dalam dunia sastera.
Selain itu, Jovie juga berkarya secara diam-diam. Hantar karya ke saluran pilihan terbaik untuk menunjukkan sejauh mana karya Jovie boleh melangkah jauh.
Sejak memberi peluang menceburi diri dalam bidang sastera, tidaklah semudah A,B,C. Perlu asah dan gilap skill tu pelan-pelan. Jika minat, semua akan jadi mudah untuk dihadam dan dinikmati sebagai sebahagian daripada proses untuk menyempurnakan hasil kualiti karya yang baik.
Jovie masih dalam proses penguasaan skill penulisan.
Buat masa ini juga, Jovie banyak menumpukan perhatian terhadap skill menulis, maka Jovie memilih untuk berehat seketika buang masa depan media sosial yang semakin rancak.
Tiada apa-apa cerita menarik yang Jovie ingin kongsikan kepada anda, hanya mengirim khabar.
Yang penting, kita jaga kita.
Salam rindu!
0 Comments
Terima kasih kerana sudi baca blog Jovie! Sebarang pandangan, cadangan dan penambahbaikan bolehlah diulaskan di ruang komen ini. Untuk hasil karya puisi admin adalah tidak dibenar sama sekali untuk meniru dan diambil sepenuhnya idea karya melainkan atas keizinan daripada admin.