Sekilas Perkongsian Peribadi Si Jiwa Kerdil
Hai!
Salam berteman semuanya!
Sudah lama tidak berkongsi cerita di blog ini, paling pun hanya salin kredit bagi empunya kata-kata semangat yang selalu menyejukkan hati bila membacanya. Itu bukan puisi saya ya, hehee...cuma simpan dan cukup terima kasih bagi kata-kata yang dikongsi bersama itu. Terima kasih, dan rajin rajinlah juga kalian semak nama kredit itu dan singgah page empunya puisi itu baru puas membacanya.
Mungkin itu buat kali terakhir saya kongsikan kerana tidak ingin blog peribadi ini terlihat pasif dan hanya penuh dengan pinjaman kata-kata inpsirasi/motivasi luar. Biarlah blog ini banjir dengan luahan peribadi dan berkongsi tentang perkembangan semasa.
Hmmm...apa yang ingin dikongsi sini ya?
Hahahaa...
Perkembangan dunia alam maya nampaknya semakin rancak berikutan isu-isu daripada pelbagai aspek. Saya sebagai manusia kerdil yang membaca setiap satunya hanya mampu terkebil-kebil melihatnya. Semakin dibaca, semakin menimbulkan trigger yang menambahkan kegelisahan dalam menjalani hari-hari biasa. Cukup menyeramkan, lebih menyeramkan daripada alien bertubuh hijau. Tapi, sebab si alien itu jugalah menimbulkan lebih banyak kaedah penularan tidak kira apa jua ragam dunia itu.
Saya sebagai peribadi cukup-cukuplah untuk tidak begitu mencampuri urusan duniawi di luar sana, sekurang-kurangnya mengutamakan keadaan diri yang terkadang lelah dengan permainan dunia.
Ini bukan menyampaikan amarah, namun apa yang boleh saya simpulkan, kita masing-masing ada waktunya. Untuk memastikan keadaan diri tidak terjejas, adalah lebih baik jika kita sendiri menjaga hati kita agar tidak terjerumus atau terjangkit atau ikut menumpang dalam kecelaruan keadaan semasa.
Ya Tuhan, musim pandemik benar-benar men caca marbakan keadaan dunia. Mereka yang lain berpendapat inilah sebahagian daripada simptom akhir zaman. Lalu, siapa yang memulakan dan siapa juga yang harus meredakan keadaan buat masa ini?
Berbalik pada peribadi kita masing-masing. Inilah sebahagian daripada hakikat dan lumrah kehidupan. Ini tidak boleh dinafikan sudah. Dan di sebalik kekusutan dunia ini, kita adalah antara makhluk yang hidup di dalamnya.
Jujur, begitu merindui musim dahulunya di mana semua penduduk yang masih belum memiliki cukup duit membeli segala kehendak duniawi seperti alat teknologi telekomunikasi. Semuanya tampak lebih indah dan lebih suka berhubung secara bersemuka, bermain tawa gembira dapat berkumpul bersama tanpa memperbesarkan atau mengambil tahu tentang keseriusan masalah dunia. Bila bersemuka, tekanan sudah tiada bisanya, semuanya kelihatan normal dan sudah sebati dalam mengerjakan aktiviti luar tanpa berpaut sepenuhnya pada kecanggihan.Tapi, itu dulu. Tidak boleh disamakan dengan trend masa kini. Jauh berubah.
Sesungguhnya, manusia zaman kini memang sangat memerlukan alat-alat pembaharuan untuk memudahkan urusan duniawi ini. Sudah jadi keperluan utama. Malah sudah sama tarafnya nasi dan gadget. Manusia dan gadget sukar untuk dipisahkan. Segalanya memerlukan akaun laman sosial. Email, Whatsapp...tanpa ini, sukarlah manusia berhubung untuk urusan penting.
Kesannya, kes penyalahgunaan media sosial juga akhirnya memakan diri pada golongan tertentu. Jenayah tipu daya scammer lebih berleluasa, anak muda yang terpesong hubungan sosialnya kerana pengaruh dan penyelewengan berita dan info yang diisi membabi buta.
Sudah, ini diluar kawalan saya seorang untuk mempersoalkan semua kejadian duniawi ini. Saya ingatkan juga untuk diri sendiri supaya lebih berjaga-jaga selepas ini. Kita ajaklah kawan-kawan lain untuk menyebarkan hal-hal yang baik saja, semampu kita dan sebatas mungkin.
Semoga dunia kembali sembuh dan memulihkan hubungan sejagat. Cintailah kedamaian sejagat. Ingatlah bahawa setiap hal kecil yang kita sebarkan itu akan memberi kesan pada seorang malah lebih daripada itu. Hidup untuk semangat kekitaan, bukan persaingan atau permusuhan atau siapa kita lebih jaguh atau hebat. Kita semua sama rata di hadapan Tuhan.
Okaylah, sayang semua. Kita fokus perbaiki diri. Jangan lupa bersyukur walau hidup jatuh tersungkur. Perbaharui hati kita selalu, ya...
Si kerdil, Jovie❤
0 Comments
Terima kasih kerana sudi baca blog Jovie! Sebarang pandangan, cadangan dan penambahbaikan bolehlah diulaskan di ruang komen ini. Untuk hasil karya puisi admin adalah tidak dibenar sama sekali untuk meniru dan diambil sepenuhnya idea karya melainkan atas keizinan daripada admin.