Secubit Rasa Penghargaan & Terima Kasih!
Syukur, karya saya akhirnya disiarkan di Majalah Tunas Cipta terbitan 01 2021. Terima kasih kepada pihak editor kerana memberi peluang kepada saya untuk berkarya. Saya tidak menganggap karya saya itu baik, maka itu saya akan terus gigih meningkatkan mutu karya saya selaras dengan penguasaan kemahiran yang saya pelajari hari demi hari.
Jovie akan terus berkarya biar apapun cabaran yang bakal Jovie tempuhi sepanjang bergelar penulis muda di negeri Bawah Bayu.
Terima kasih Dewan Bahasa & Pustaka!
0 Comments
Terima kasih kerana sudi baca blog Jovie! Sebarang pandangan, cadangan dan penambahbaikan bolehlah diulaskan di ruang komen ini. Untuk hasil karya puisi admin adalah tidak dibenar sama sekali untuk meniru dan diambil sepenuhnya idea karya melainkan atas keizinan daripada admin.