Janganlah lakukan sesuatu bagi kepentingan diri sendiri, atau kerana hendak menyombongkan diri...anggaplah orang lain lebih baik daripada diri sendiri. 
- Filipi 2.3

Melihat keperluan orang lain
Lebih penting daripada keperluan kita,
Tuhan kita sebagai teladan
Sewaktu Dia meninggalkan takhta-Nya di Syurga. - Sper

- Anda tidak kalah jika anda menolong orang lain untuk menang. -


Dia telah memilih aku...untuk memberi orang yang berkabung di Sion, kesukaan serta kegembiraan dan bukan kedukaan, lagu pujian dan bukan kesedihan. 
- Yesaya 61.1,3

MENGAMALKANNYA
Berilah telinga yang mendengar,
Berhenti sejenak untuk berdoa secara khusus.
Ucapkanlah kata-kata dorongan.

- Roh manusia boleh mendapat pengharapan baru daripada kata-kata yang mendorong. -


Hendaklah ajaran Kristus yang penuh berkat meresap di hati kamu. 
- Kolose 3.16

Nyanyikan pujian kepada Tuhan yang memerintah di atas,
Tuhan atas semua penciptaan,
Tuhan atas kuasa, Tuhan atas kasih,
Tuhan atas penyelamatan kita. - Schutz

- Biarlah Firman Tuhan memenuhi hati anda dan memimpin kata-kata anda. -