Hendaklah kamu hidup dalam naungan kasih Allah - Yudas 21 


"Tinggallah dalam kasih Tuhan"

Itulah kata-kata Nya hari ini;

Setiap hari bacalah Firman Tuhan,

Kau akan tahu kasih-Nya yang baru setiap hari - Hess


- Untuk memperbaharui kasihmu kepada kristus, ingatlah kasih-Nya kepadamu. -



Menurut pendapatmu, di antara ketiga-tiga orang itu, siapakah yang menjadi sesama orang yang dirompak? - Lukas 10.36


Berapa banyak jiwa kucapai hari ini?

Berapa ramai jiran akan melalui jalanku?

Banyak yang kuboleh bantu dan berkati

Jika kutemui dengan sentuhan seperti kristus. - Jones


- Kasih anda terhadap jiranmu adalah bukti kasihmu terhadap Tuhan. -



Inilah perintah yang diberikan oleh kristus kepada kita: Sesiapa yang mengasihi Allah mesti mengasihi saudaranya juga. - 1 Yohanes 4.21


Ada orang yang sukar untuk dikasihi

Sehingga kita tidak mahu mencubanya pun,

Tuhan berfirman, "Kasihilah mereka seperti Aku mengasihi-

Aku dimuliakan apabila kasih-Ku dikongsikan." - Cetas


- Tuhan mengashi anda dan saya - marilah saling mengasihi. -



Allah itu kasih. Sesiapa yang sentiasa mengasihi orang lain, hidup bersatu dengan Allah, dan Allah hidup bersatu dengan dia. - 1 Yohanes 4.16


Apabila Yesus menyerahkan hidup-Nya bagiku,

Menanggung semua sengsara

Di atas salib di Kalvari,

Dia telah menunjukkan kasih Allah. - Sper


- Tuhan itu kasih - tetapi kasih bukan Tuhan. -



Kasihilah musuh kamu dan berdoalah bagi orang yang menganiaya kamu. - Matius 5.44


Bukalah mataku, ya Tuhan, untuk melihat orang sekelilingku, 

Tolonglah aku melihat mereka seperti Engkau melihat mereka;

Berilah aku hikmat dan kekuatan untuk bertindak,

Agar aku dapat tunjukkan kasih-Mu yang ajaib itu. - K. De Haan


- Lebih baik memberikan hati anda kepada orang lain daripada memberi mereka pendapat anda. -



Di mana sahaja Berita Baik dikhabarkan, perbuatan wanita ini akan diceritakan untuk mengenang dia. - Matius 26.13


Tunjukkan kasih kepada yang muda dan tua,

Dorong mereka selagi mereka debat;

Apabila mereka sudah pergi mendapatkan pahala,

Pujian paling nyaring tak lagi didengari mereka. - D. De Haan


- Berilah pujian kepada orang lain selagi mereka di sini; mereka tidak perlukannya apabila mereka sudah tiada. -



Aku sudah menunjukkan kemuliaan-Ku dan Aku akan menunjukkannya lagi. - 1 Petrus 3.8


Kita mempunyai musuh yang sama

Yang akan memusnahkan kehidupan

Jemaah, pengantin Yesus yang berharga,

Melalui keduniaan dan perselisihan - Sper


- Cara mempertahan kedamaian jemaah adalah mempromosikan kesatuannya. -