Cerita Sabahan Lucu ( Si Gombirang )
SI GOMBIRANG
Hari ni si Gombirang ada masa free. Jadi, adalah niat dia mau kasi lunas hari ni, mau ambil sayur hasil tanaman dan putung gatah katanya. Sambil sambil dia minum kupi tenom yang masih hangat, santai santai di kerusi bambu buatan dia, terlimpaslah ini saturang sumandak kampung yang selalu jadi bualan orang kampung. Boleh dikatakan sumandak itulah satu-satunya yang paling lawa di Kampung Landoi ni. Nama panggilan si sumandak tu, Butiza. Masih muda, anak dara yang dijaga betul oleh orang tua dia. Umur Butiza baru 19 tahun. Tubuhnya yang tinggi langsing, rambut hitam lurus memanjang, kulit yang putih bersih, senyuman yang ramah...Terkapai-kapai lamunan si Gombirang membayangkan seri wajah si Butiza, jauh melaut lamunan Gombirang. Tangan Gombirang menyiku di meja, kedua belah kakinya duduk atas kerusi, 1 kaki jadi sandaran dagu si Gombirang, memeluk diri.
Senyum-senyum sendiri si Gombirang dengan bayangan jelita si Butiza, melangit merindu. Andailah sekiranya si Butiza dapat menerima dirinya yang pindik tagap perut boroi tu, rambut dia yang selalu kemas digunting, dan rajin momutung gatah, rajin bercucuk tanam di kebun kecil dia...Sekilas pandangan Gombirang meliar menyeluruh dengan keadaan luar perkarangan rumahnya yang sudah memanjang liar segala rumput lalang. Gombirang menggeleng, mengadu akan kemulauan dia sendirian. Besar niat mau memiliki anak orang, tapi diri sendiri lintang pukang mengurus diri, apalagi mengurus rumah. Duit habis bikin beli sigup tidak pula ada niat mau menabung.
"Ish, ish, ish..." bisik cakap sendiri, menghukum tabiat buruk diri sendiri, padan muka.
Dari dulu, memang si Gombirang selalu mau try pigi dekat sama anak si Moina ni, Butiza. Tapi, berfikir juga si Gombirang bujang tua ni, sebab berian pun tidak cukup mau kasi, apalagi mau kasi puas hati beliau si Butiza. Yalah, keluarga Butiza bukan calang-calang statusnya. Anak YB gia. Siapa mahu kasi restu niat si Gombirang untuk memiliki Butiza, dengan status diri dia yang hanya bergelar orang kampung suka pinjam duit urang. Hutang keliling pinggang, mulut saja pandai berjanji manis, tapi mau membayarnya macam tidak pandai berkurang tu nilai hutang...hmmm.
Tiba-tiba, bunyi borodungal di balik bukit atas rumah membising buat projek. Bapa si Butiza, Luwakis mau buat rumah baru di atas bukit. Itulah kelebihan Butiza, rumah yang bakal dibina tu bakal didiami oleh Butiza, tanda hadiah kasih sayang beliau si Butiza. Siapa yang tidak sayang anak perempuannya, rajin tulung buat kerja dapur, rajin buat bakul kraftangan tradisi, pandai cari duit sendiri. Terfikir juga hati si Gombirang, mungkin rumah tu hasil tabungan Butiza berkat menjual hasil produk kraftangan dia. Senyum -senyum si Gombirang, macam ada harapan jadi isteri baik, katanya.
"Ada isteri cantik, bonus pandai cari duit sendiri kan bagus! Tidaklah berat bahu memikul tanggungjawab jadi laki dia satu hari nanti!" Bilang si Gombirang, memicit-micit dagu dia yang tidak berjanggut.
Tanpa membiarkan fikiran dia terus melalut terbayang dengan lamunan fikir, Gombirang terus bangun dari tempat duduk dia. Dia bawa tu gelas dia, cepat-cepat simpan taruh sana singki. Besar betul harapan dia dapat memiliki anak YB tu, meskipun dia tau tidak semudah apa yang dia fikir, sorou tu haro pomusarahan dumadi kusai avakas, asanang kokitanan tulun kampung. Amu kasala bo rie, ka dau.
Dia ambillah sirung dia yang tergantung di dinding rumah dekat pintu utama, pakai baju lengan panjang, seluar panjang. Dalam wakid dia, ada parang, gagamas, tali rafia, plastik beras sama bekalan ubi kayu yang telah direbus. Air botol kecil dia bawa juga, hampir dia terlupa mau fikir tentang air padahal buli ja jerang air di sulap kebun dia nanti, ada air sungai mengalir jernih juga pun di tepi sulap dia. Terus dia pakailah kasut adidas kampung, tapak kasut dia masih lagi ada bekas bau tahi karabau kampung, peliharaan jiran. Dengan itu, bermulalah perjalanan dia pigi kebun dengan semangat naif dan polos dia mau menawan hati anak dara YB.
Dia bawa tu sikud dia, jadi tongkat perlindungan diri dia daripada rumput yang sudah liar memanjang di setiap laluan tepi jalan pigi kebun dia. Kabur-kabur pandangan dia sebab terkena silauan cahaya tengahari. Orang lain jalan pigi kebun awal pagi sekitar jam7 gitu, dia pula waktu jam begitu masih tidur dalam angan-angan mimpi dia. Namanya juga pemalas, memang tidak pikir apa-apa, yang difikir kesenangan dunia kemalasan dia. Begitulah anak bujangan.
Sambil dia berjalan kasi ayun ayun tu tongkat kayu dia, dia bersiul kalau-kalau ada jiran lain yang sudah sampai di kebun dorang, sebab di atas bukit kebun bukan si Gombirang saja ada, jiran lain pun ada juga. Kedengaran jelas suara anak jiran yang selalu ikut-ikut beliau dorang pigi momutung gata,
"Oi along! Nokopomutung kou noh?" Teriak si Gombirang, tidak jauh dari kawasan pemutungan si Along jiran dia.
"Oiii! Nokosiap noh, oi Ombirang! Momirangkat noh yahai susu gatah motiii!" Suara tu jelas kedengaran di telinga si Gombirang, yang baru ja sampai di sulap kecil dia. Orang lain sudah siap momutung, dia baru mau pigi tengok hasil tanaman kebun dia. Baru dia teringat yang dia terlupa bawa pisau getah, baru terhegeh-hegeh kurik semua isi dalam wakid dia. Muka masih mamai dibuai mimpi, hanya sempat minum kupi, kogutan dari rumah Sirungan semalam, sambut hari jadi Sirungan yang ke-35. Bujangan macam dia juga, tapi tabiat Sirungan tidak macam Gombirang, dia lagi rajin mananom, sudah ada gelpren. Dengar khabar yang Sirungan bakal bertunang hujung tahun.
Apalah nasib si Gombirang, dia lanjut baring di atas lantai sulap buatan buluh. Dia mengintip di balik celah dinding kayu buluh, kalau-kalau ada si Sirungan pigi menyinggah sini sulap dia. Mustahil. Sirungan waktu begini sudah pigi jumpa sumandak bakal tunangan dia, sibuk urusan pertunangan yang bakal dilangsungkan 2 bulan lagi.
"Untunglah nasib kau, Sirungan..." keluh si Gombirang melihat nasib dirinya yang masih belum berpunya. Hati dia hanya untuk dia seorang, si Butiza. Sekali lagi, dia masuk dalam awang-awangan dia. Dia tutup mata, kalau-kalau tiba-tiba si Butiza memanggil nama dia dari belakang sulap kecil dia. Menggebu-gebu hati si Gombirang, senyum-senyum merakam itu momen yang paling dia tunggu-tunggu andai si Butiza menjadi sawo dia yang sebetul-betulnya.
Entah mengapa, tiba-tiba bayangan itu menjelma dari sudut pintu sulap dia. Pertama yang dia lihat wajah senyuman manis si Buti...za. Dia terpegun, tapi dia tidak mahu huka mata. Malu-malu kucing si Gombirang, pura-pura tidak dengar. Dia diam ja. Dengar jelas tu keriyut lantai buluh sulap dia, dia biar ja si Butiza berjalan melihat isi sulap dia.
Berabis si Butiza panggil nama dia, tapi dia pura-pura tidak dengar...manatau Butiza pigang dahi dia atau kasi guyang badan dia mau kasi bangun. Tapi, Butiza bukan jenis yang berani sentuh tubuh orang, atas didikan tegas beliau dia. Jadi kedengaran tu wakid dia kana unggar-unggar isi dalamnya. Tertanya-tanya juga si Gombirang, tapi dia kasi biar. Bila lagi ada chance kena kasi manja-manja oleh sumandak pujaan dia, kan?
Tu wangi ubi kayu rebus betul-betul menusuk aroma dia, berkeroncong juga perut si Gombirang, tapi si Butiza tidak opusou. Dia terus langsung ja kasi sedia makanan tengah hari di lantai tepi Gombirang. Ndaklama, kelibat tubuh tu keluar dari sulap dia. Gombirang diam ja, kedengaran juga bunyi petik petik hasil tanaman dia di luar, alangkah baiknya anak Moina ni.
Gombirang bangun, sebab tertunggu-tunggu bilalah kelibat tubuh Butiza masuk semula dalam sulap dia. Pelan-pelan dia buka mata dia, takut-takut Butiza perasan yang dia terjaga dari tidur.
Tiba-tiba ada suara anak si along di luar, barulah Gombirang betul-betul bangun dari baring. Mesti si Butiza sedang melayan kerenah nakal anak si along di sana.
" Undaiiii!" Teriak si Gombirang...berabis lari kejar si Undai yang makan ubi rebus dia.
Tau tau, Undai anak si Along pula yang diam-diam pigi kacau mood mengampai dia dari tadi. Naik berang si Gombirang.
"Guntilon!" tegur si Gombirang. Si Undai menjulurkan lidahnya sambil terkekeh ketawa melihat langkah lari si Gombirang yang masih mamai kogutan...
- TAMAT -
Hahahaa, sekian cerita santai versi Sabahan.
0 Comments
Terima kasih kerana sudi baca blog Jovie! Sebarang pandangan, cadangan dan penambahbaikan bolehlah diulaskan di ruang komen ini. Untuk hasil karya puisi admin adalah tidak dibenar sama sekali untuk meniru dan diambil sepenuhnya idea karya melainkan atas keizinan daripada admin.