PENGENALAN KEPADA TEATER : Definisi & Sejarah Teori Asal Usul ( PART I )
1. DEFINISI
Berasal dari perkataan 'Theatron' yang membawa maksud tempat menonton pada zaman Yunani ( Greek Tua ).
Satu gabungan kerja-kerja kreatif yang merangkumi semua unsur seni dan pengurusan berdasarkan daripada naskhah lakon dipersembahkan secara langsung kepada penonton yang dipisahkan oleh ruang dan waktu.
Satu bentuk persembahan lakonan yang menghiburkan, dipersembahkan kepada penonton secara langsung di sebuah tempat dikenali sebagai pentas dan ahli persembahannya dikenali sebagai pelakon atau actor.
Suatu bentuk kerja secara bersama ( berpasukan ) antara artis dengan naskhah lakon di mana pelakon membawa watak di dalam produksi persembahan secara langsung di hadapan khalayak.
Ada yang mengertikan sebagai 'gedung pertunjukan', ada yang mengartikan sebagai 'panggung' ( stage ). Secara Etimologi ( asal kata ), teater adalah gedung pertunjukan ( auditorium ).
Dalam erti sempit teater adalah kisah hidup dan kehidupan manusia yang diceritakan dalam pentas, disaksikan oleh orang banyak, dengan media, gerak, percakapan dan laku, dengan atau tanpa dekor ( layer ); didasarkan pada naskhah yang tertulis ( hasil seni sastera ) dengan atau tanpa muzik.
Dalam arti luas, Teater adalah kisah hidup dan kehidupan manusia yang dipertunjukkan di depan orang banyak. Misalnya Wayang Orang, Ludruk, Lenong, Reog dan Sulapan.
Dalam pengertian yang lebih luas, teater adalah proses pemilihan teks atau naskhah, penafsiran, penggarapan, penyajian atau pemantasan dan proses pemahaman atau penikmatan dari public atau audience ( pembaca, pendengar, penonton, pengamat, kritis atau peneliti ).
2. SEJARAH :
2.1 Asal - Usul
Teori tentang asal mula teater :
Berasal dari upacara agama primitif. Unsur cerita ditambahkan pada upacara semacam itu yang akhirnya berkembang menjadi pertunjukan teater. Meskipun upacara agama telah lama ditinggalkan, tapi teater ini hidup terus hingga sekarang.
Berasal dari nyanyian untuk menghormati seorang pahlawan di kuburannya. Dalam acara ini seseorang mengisahkan riwayat hidup sang pahlawan yang lama kelamaan diperagakan dalam bentuk teater.
Berasal dari kegemaran manusia mendengarkan cerita. Cerita itu kemudian juga dibuat dalam bentuk teater ( kisah perburuan, kepahlawanan, perang dan lain sebagainya. )
1. Ritual
Ahli kajipurba berpendapat teater berasal daripada mitos dan ritual. ( Perkara yang diulang-ulang dan diperturun )
"Kepercayaan terhadap kuasa-kuasa tertentu yang mempengaruhi kehidupan." - James Frazer
Pada zaman dahulu, akibat kurangnya pendedahan dan pengetahuan tentang sifat alam semulajadi, manusia pada zaman itu beranggapan yang kuasa alam semulajadi ini boleh dikawal oleh mereka sekiranya manusia mangambil hati 'alam semulajadi' itu. Makanya, golongan sharman ataupun bomoh dan anggota masyarakat yang tertentu mengambil tempat tujuan aplikasi penjagaan hati kuasa-kuasa tersebut.
Menurut Joseph Campbell:
Ritual are related to 3 basic concern:
- Pleasure ( kepuasan/kegembiraan )
- Power ( kuasa )
- Duty ( tugas/tanggungjawab/amanah )
Function of ritual:
- A form of knowledge
- Didactic
- Influence or control
- To glorify
- To entertain and give pleasure
Teater dan ritual ini sebenarnya banyak persamaan sehinggakan wujud pendapat yang kata teater itu adalah lanjutan dari ritual. Contohnya, kedua-duanya melibatkan perkara yang sama seperti ada muzik, tarian, ucaptama, topeng, kostum, unsur spektakular dan sebagainya.
Kemudian, metod produksinya juga ada persamaan iaitu :
Ada pengarah teknikal yang memastikan semua perkara ( dalam persembahan ) berjalan dengan lancar. Senang cerita, macam Stage Manager dengan tok bomoh tu samalah untuk tackle problem yang terjadi sekiranya berlaku semasa persembahan.
2. Penglipur lara
Ada yang berpendapat bahawa teater ini wujud melalui cerita-cerita mitos yang disampaikan dalam sesi bercerita oleh penglipur lara. Pada zaman dahulu, masyarakat suka berkumpul dan dengar certa dari tukang cerita yang digelar penglipur lara, yang akan menceritakan cerita kisah mitos dan sebagainya. Lama-kelamaan ditambah unsur lakonan dalam penceritaannya. Ubah suara jadi macam-macam watak, tukar postur badan, kesan-kesan khas faktor wow untuk menambahkan lagi persembahan itu menarik dan menambahkan lagi unsur kepercayaan. Lalu terbentuk sebuah lakonan dengan aksi-aksi dramatik seperti unsur peperangan, pemburuan, pergaduhan dihurai dengan lebih jelas dengan gerak pantomin dan impersonalisasi oleh tukang cerita. Tapi, proses ini akhirnya berkembang bila watak-watak yang berlainan ini tadi mula dipegang oleh individu yang berlainan,
3. Imitasi
" Manusia secara semulajadinya suka mengimitasi orang lain, binatang, benda-benda dan aksi." - Aristotle
Sarjana berpendapat role-playing adalah salah satu punca terjadinya teater. Seperti kanak-kanak yang sedang bermain pondok antara sesama, ini pun diaplikasikan sebagai salah satu unsur imitasi yang dimasukkan dalam persembahan teater. Sarjana menjelaskan bahawa teater bermula dari imitasi dalam bentuk tarian, pantomik, ritmatik, gimnastik, atau peniruan bunyi dan pergerakan binatang oleh masyarakat zaman dahulu.
4. Strukturalisme
Claudi Levi-Strauss menghsilkan teori masyarakat statik dan dinamik
Perkembangan manusia itu berbeza-beza. Oleh itu, tak semua masyarakat mengembangkan teater dan drama serentak melalui tahap ritual. Teater adalah budaya yang diperturun kepada 1 generasi ke 1 generasi. Tabiat merupakan faktor yang mengekalkan budaya tetap tersebut.
Masyarakat statik bergantung kepada drama ritual sebagai sebahagian daripada adat masyarakatnya manakala masyarakat dinamik mengingkari adat lama untuk kepentingan mereka dan semasa.
Dapat disimpulkan bahawa teater ini wujud daripada sistem bermasyarakat dalam kelompok sosial. Teater itu diturunkan dari 1 generasi ke 1 generasi dan menjadi tabiat sosial masyarakat tesebut.
5. Pergerakan ( Movement )
Teori pergerakan ini juga disebut Teori kubur ( William Ridgeway ) di mana ia kelihatan menyeramkan. Tercetusnya teori kubur ini berdasarkan kepada drama tragedi yang berasal daripada persembahan-persembahan di kubur-kubur wira. Ridgeway Ridgeway ini menyimpulkan tarian-tarian dramatik dan nyanyian muji-memuji wira yang dilaksanakan oleh ketua agama sebagai perantaraan anatra wira dan roh. Ini menyimpulkan teori W. Ridgeway teater berasal dari persembahan orang dulu-dulu yang melibatkan pergerakan dan tarian buat kubur wira dan pahlawan mereka yang terkorban.
6. Fantasi
Ada sebilangan yang berpendapat bahawa teater itu berasal daripada fantasi, mangandaikan manusia suka berfantasi dan inginkan sesuatu yang lebih sempurna dalam kehidupan. Makanya, melalui drama manusia boleh lari daripada ketakutan, bersemuka dengan apa yang tidak dipersetujui dan dapat menyempurnakan harapan mereka di alam fantasi walaupun tidakdapat dicapai di alam realiti ( Escapism ).
0 Comments
Terima kasih kerana sudi baca blog Jovie! Sebarang pandangan, cadangan dan penambahbaikan bolehlah diulaskan di ruang komen ini. Untuk hasil karya puisi admin adalah tidak dibenar sama sekali untuk meniru dan diambil sepenuhnya idea karya melainkan atas keizinan daripada admin.