Ciri - Ciri Wanita Yang Memiliki Inner Beauty
Inner Beauty bermaksud sifat kecantikan dalaman semula jadi yang dimiliki oleh seseorang perempuan.
Sifat kecantikan dalaman yang dimaksudkan itu adalah sifat keperibadian murni lahir dari sifat yang memiliki nilai-nilai moral yang berkualiti dan teguh pada pendirian peribadinya.
Memiliki sifat kecantikan dalaman yang murni adalah idaman khas yang diingini oleh jejaka di luar sana, malah menjadi inspirasi kepada generasi muda yang mengingini perwatakan pesona yang menarik, disukai dan disenangi ramai. Beginilah sifat wanita yang dirindukan, dinantikan...
SIFAT WANITA YANG MEMILIKI KECANTIKAN DALAMAN :
1. Easy-Going
Sifatnya yang mudah bergaul kerana peribadinya yang menyenangkan; tulus; mudah didekati.
2. Mudah Tersenyum
Sifat daya tarikan yang mempesonakan.
3. Santun Dalam Berbicara
Sopan; menyenangkan; lebih suka mendengar; tidak memotong perbualan orang lain; tidak kasar dalam berkata-kata. Berhati-hati dalam mengucapkan sesuatu yang menyinggung nilai sensitiviti peribadi seseorang.
4. Sederhana & Bersahaja
Meskipun penampilannya sederhana; namun prinsip dan pemikirannya memiliki sifat yang berkelas dan luar biasa. Meski dia lahir dari keluarga status tinggi, dia tidak pernah riak dan pamer dengan status yang dimilikinya. Begitu juga dengan perempuan yang bukan lahir dari latar belakang yang kaya raya, namun dia memiliki keperibadian yang membangun inspirasi kepada orang lain.
5. Peribadi Yang Lemah - Lembut
Tidak kasar dan tidak merendahkan orang lain. Mudah menghargai sesiapa sahaja yang ingin berteman dengannya.
6. Percaya Diri
Sangat bersyukur atas anugerah dirinya, mencintai diri sendiri dan menerima keunikan diri.
7. Empati
Memiliki nilai kepekaan dan jiwa sosial yang tinggi. Mudah menyalurkan sokongan emosi dan bantuan dengan niat yang jujur dan maksimal.
8. Bersyukur dan Mudah Berterima Kasih
Tidak menghakimi orang lain; tidak ego pada diri dan orang lain; bersyukur dan mudah berterima kasih
9. Pembawaan Peribadi Yang Kuat
Tidak mudah kecil hati; tidak mudah goyah; tidak mudah rebah dalam apa jua situasi yang dihadapinya. Tenang namun tegas dalam segala hal.
10. Setia
Selalu berkomitmen dan memiliki nilai kebersamaan antara sesama lingkungan. Selalu menghargai orang yang hadir dalam hidupnya. Rela berkorban secara emosi dan fizikal dari aspek yang membangun. Mudah berbagi antara satu sama lain.
11. Wanita Yang Tulus
Apa saja yang dilakukannya lahir dari niat yang tulus, jujur dalam segala hal tanpa berkira akan sesuatu pembalasan.
12. Sangat Mudah Memaafkan
Belajar daripada situasi, tidak memendam, mudah mengampuni. Memiliki sifat yang penyabar. Menyukai kedamaian.
13. Wanita Yang Sangat Objektif Dalam Menilai
Tidak pilih kasih; sama rata; optimis dalam setiap keputusan dan cara fikir. Tidak mudah menghakimi atas setiap permasalahan yang membelenggu dirinya.
14. Wanita Yang Peka Dan Mudah Tersentuh Hati Nuraninya
Peka terhadap situasi orang lain, memberi sokongan moral dan apa jua bentuk sokongan bantuan pada yang memerlukan. Wanita yang lebih suka memberi daripada menerima.
15. Wanita Yang Takut Akan Tuhan
Beribadah, bersedekah; mengasihi orang lain; lebih suka melayani daripada dilayani; memiliki iman yang teguh dalam rohaninya.
16. Memiliki Sifat Keibuan
Memiliki sifat yang menyenangkan; mudah mengalirkan mood cinta kasih antara sesama. Selalu memiliki sifat kepedulian dan perhatian terhadap orang lain.
17. Disiplin
Sentiasa semangat mencari potensi diri; selalu berdikari meningkatkan kualiti hidupnya. Orang rajin selalu diberkati Tuhan, selalu mendapatkan apa yang diinginnya jika dengan niat yang baik.
Semoga anda menjadi perempuan dewasa yang selalu dirindui dan disayangi oleh orang lain.
Salam sayang!
0 Comments
Terima kasih kerana sudi baca blog Jovie! Sebarang pandangan, cadangan dan penambahbaikan bolehlah diulaskan di ruang komen ini. Untuk hasil karya puisi admin adalah tidak dibenar sama sekali untuk meniru dan diambil sepenuhnya idea karya melainkan atas keizinan daripada admin.