Schizoaffective Disorder
Kondisi ini merupakan DUA komponen iaitu;
Gejala skizofrenia seperti halusinasi dan delusi.
Gejala kecelaruan mood ( mood disorder ) seperti kemurungan dan mania.
Berbanding pesakit skizofrenia yang biasa mengalami gejala secara konsisten ( bahkan progresif, iaitu bertambah ), gejala pesakit schizoaffective disorder kebiasaannya berlaku secara berfasa - iaitu ada tempoh mereka mengalami gejala seperti delusi dan halusinasi, dan ada tempoh lain mereka bebas dari gejala tersebut.
Halusinasi
- Pengalaman seolah-olah dapat melihat, mendengar, menghidu, merasa atau menyentuh sesuatu yang sebenarnya tidak ada / tidak benar.
- Lebih bersifat pengalaman melalui salah satu deria terhadap sesuatu yang tidak benar.
- Halusinasi yang paling kerap adalah pendengaran ( mendengar suara orang bercakap ) dan penglihatan ( melihat sesuatu yang tidak wujud ).
- Boleh berlaku disebabkan keadaan seperti kurang tidur, penyalahgunaan dadah, gejala withdrawal alkohol dan masalah psikiatri seperti skizofrenia.
Delusi
- Kepercayaan palsu yang diyakini dengan kuat walaupun tiada sebarang bukti atau terdapat bukti jelas mengatakan sebaliknya.
- Delusi lebih bersifat kepercayaan atau keyakinan seseorang terhadap sesuatu.
- Kebiasaannya bertentangan dengan norma, rasional dan budaya setempat.
- Suar dipatahkan, sekalipun dengan bukti yang menyatakan sebaliknya.
- Contoh : percaya bahawa dirinya seorang nabi, atau dirinya pernah diculik, atau semua orang sedang cuba membunuhnya.
Mania / Manic :
- Keadaan peningkatan yang abnormal terhadap aktiviti fizikal, emosi, cara berfikir dan respons terhadap ransangan.
Psikotik
- Psikosis atau psikotik bukan sejenis penyakit, tetapi kumpulan gejala / simptom yang boleh berlaku dalam beberapa jenis masalah kesihatan mental seperti skizofrenia, bipolar disorder dan depresi. Ia umumnya merujuk kepada hilang kesedaran terhadap realiti ( loss of contact with reality ). Dua gejala utama psikosis ialah delusi dan halusinasi.
Schizoaffective Disorder merupakan kombinasi penyakit mental Schizofrenia dan Bipolar Disorder.
Skizofrenia
Sejenis gangguan mental yang menyebabkan penghidapnya mengalami gejala psikosis seperti halusinasi, delusi dan kecelaruan dalam berfikir dan tingkah laku.
Pesakit Skizofrenia mungkin mengalami masalah kesihatan mental lain seperti anxiety disorder, obsessive-compulsive disorder, atau penyalahgunaan dadah.
Gejala kebiasaannya bermula dari akhir remaja atau awal dewasa.
Untuk diagnosis, gejala ini perlu berlarutan sehingga enam bulan.
Gejala terbahagi kepada positive symptoms, negative symptoms dan cognitive symptoms.
Contoh Positive Symptoms :
- Delusi
- Halusinasi
- Fikiran dan percakapan yang bercelaru
Contoh Negative Symptoms :
- Kehilangan ekspresi emosi
- Kurang bercakap
- Apathy
- Hilang motivasi
- Hilang kecenderungan atau keinginan untuk sesuatu
- Pengabaian kebersihan diri
Contoh Cognitive Symptoms :
- Kurang daya ingatan
- Kurang fokus dan perhatian
- Kurang daya fikir dan penafsiran
Seperti majoriti masalah kesihatan mental lain, pelbagai faktor mempengaruhi berlakunya skizofrenia seperti genetik dan persekitaran.
Suasana tempat tinggal dan trauma ketika kanak-kanak seperti dibuli, kematian orang tersayang, penderaan fizikal dan seksual, pengabaian dan penggunaan bahan terkarang juga antara faktor penting berlakunya skizofrenia.
Terdapat kajian yang menunjukkan tekanan ibu ketika hamil ( prenatal martenal stress ), kekurangan nutrisi dan obesiti ibu hamil, serta jangkitan ketika dalam kandungan turut meningkatkan risiko skizofrenia.
Terdapat kajian menunjukkan kaitan antara merokok dan penggunaan bahan seperti kanabis dalam peningkatan risiko skizofrenia.
Simptom psikosis boleh dirawat melalui ubatan anti-psikotik.
Gabungan rawatan sokongan psikoterapi dan sosial amat penting. Contohnya terapi keluarga, terapi berkumpulan, senaman, terapi kognitif-kelakuan, dan sebagainya.
Program seperti latihan kemahiran dan program pekerjaan dapat membantu pesakit skizofrenia untuk kembali aktif dalam hidup bermasyarakat.
Bipolar Disorder
Keadaan di mana seseorang mengalami dua polar emosi yang melampau secara berfasa. Ada ketika pesakit berada dalam fasa manic dan dalam masa yang lain pesakit mengalami fasa kemurungan. Ia boleh diselangi dengan keadaan yang normal.
Dua Kategori Utama Bipolar Disorder:
Type I : mempunyai gejala mania dan depresi
Type II : mempunyai lebih hypomania ( bukan mania ) tetapi fasa depresi yang lebih serius
Gejala - gejala Bipolar Disorder :
- Manic - biasa berlarutan melebihi seminggu
- Keyakinan diri yang berlebihan
- Kurang tidur
- Euphoria atau emosi gembira tanpa sebab
- Lebih banyak bercakap, laju dan sukar dihentikan
- Mempunyai terlalu banyak idea untuk dicakap atau difikirkan
- Hilang daya fokus
- Gelisah dan cepat marah
- Terlibat dalam aktiviti secara tak terkawal seperti memandu laju, seks rambang, membeli belah dan sebagainya.
0 Comments
Terima kasih kerana sudi baca blog Jovie! Sebarang pandangan, cadangan dan penambahbaikan bolehlah diulaskan di ruang komen ini. Untuk hasil karya puisi admin adalah tidak dibenar sama sekali untuk meniru dan diambil sepenuhnya idea karya melainkan atas keizinan daripada admin.