PENGAMBILAN SOYA DARI ASPEK POSITIF


Kanser

Pengambilan soya mengurangkan risiko terhadap pelbagai jenis kanser terutamanya:
- Kanser payu dara
- Kanser prostat
- Kanser Kolon


Arteriosklerosis

Pengambilan soya yang kerap mencegah arteriosklerosis dan pengerasan arteri yang dikenali sebagai arteriosklerosis.


Jantung

Soya mengurangkan risiko trombosis koronari dan serangan jantung. Pengambilan soya yang kerap mencegah arteriosklerosis dan menjadikan darah lebih cair dan seterusnya meningkatkan peredaran darah melalui arteri koronari.


Memakan hidangan soya setiap hari selama beberapa bulan adalah cukup untuk menghasilkan kesan bermanfaat. Satu hidangan terdiri daripada:
- Satu jenis masakan soya
- Dua gelas susu soya ( minuman )
- 30 hingga 50 gram tofu
- Burger berasaskan soya


Tulang

Soya meningkatkan kepadatan kalsium dan mencegah osteoporosis. Ini terutamanya disebabkan oleh tindakan estrogen isoflavon di dalam soya. Wanita, khususnya, mendapat manfaat dari keupayaan soya untuk memineralkan semula terutamanya semasa menopaus.


Menyediakan Protein

Jumlah yang banyak ( lebih daripada mana-mana makanan berasasan tumbuhan yang lain ) 
Kualiti biologi yang sangat baik ( pengganti protein haiwan yang sangat baik )
Berguna untuk menambah kualiti protein dari makanan lain seperti protein dari jagung atau gandum.
Mudah dihadam dan diserap.


Menopaus

Soya melegakan gejala-gejala yang tidak menyenangkan, disebabkan oleh kandungan isoflavonnya, iaitu sejenis hormon tumbuhan yang sebahagiannya menggantikan hormon semulajadi yang dihasilkan oleh ovari.

Pengurangan penghasilan estrogen semasa menopaus adalah salah satu punca ketidakselesaan yang dialami oleh ramai wanita peringkat hidup ini.


Kolesterol

Soya dan produk yang diperbuat daripada soya tidak mengandungi kolesterol sama seperti semua tumbuhan berasaskan tumbuhan yang lain. Ia juga kaya dalam asid lemak tak tepu yang membantu mengurangkan penghasilan kolesterol di dalam badan.


Diet Bayi

Susu soya ( minuman ) boleh digunakan sebagai pengganti kepada susu lembu dalam susu rumusan bayi. 


PENGAMBILAN SOYA DARI ASPEK NEGATIF


Walaupun soya sangat bernutrisi dan memiliki khasiat perubatan yang luar biasa, tetapi ia mempunyai beberapa kelemahan yang tidak boleh diabaikan. Tidak ada di antara berikut yang tidak dapat diselesaikan dan ini tidak seharusnya menghalang pengambilan legum yang sungguh hebat ini, yang boleh dianggap sebagai perubatan pemakanan sebenar.


Asid Urik

Semua legum menghasilkan asid urik dan soya menghasilkan asid urik yang paling banyak ( 380 mg/100 g ). Daging lembu menghasilkan 130 mg/100 g ( pelbagai jenis daging lebih banyak ), dan susu tidak menghasilkan asid urik.

Asid urik soya tidak menimbulkan risiko terhadap kesihatan, terutamanya jika diet itu kaya dalam sayur-sayuran yang mengalkalikan air kencing dan memudahkan pembuangan.


Faktor Antinutrisi

Semua jenis legum mengandungi bahan-bahan toksik. Soya juga tidak terkecuali. Bahan-bahan itu dikenali sebagai faktor-faktor anti-nutrisi kerana bahan tersebut mengganggu penyerapan nutrien lain.

Untungnya, faktor-faktor antinutrisi soya sebahagiannya hilang atau semuanya hilang apabila soya itu diproses dalam mana-mana cara yang berikut:

- Direndam di dalam air dan dimasak
- Pengawetan
- Percambahan/tunas
- Pemprosesan industri


Tidak mengandungi Vitamin B12

Soya tidak mengandungi vitamin ini sama sepertis semua makanan dari tumbuhan yang lain. Mujurlah, sesetengah produk soya ditambahkan dengan vitamin ini.


Kandungan Provitamin A dan Vitamin C yang sangat rendah

Akibatnya, soya dan produk-produk dari soya harus sentiasa diiringi dengan buah-buahan dan sayur-sayuran segar yang kaya dalam provitamin A ( Karotena ) dan vitamin C. Vitamin ini, antara fungsi lainnya ialah memudahkan penyerapan zat besi dalam soya.


Alahan

Memakan soya jarang menghasilkan alahan. Walaubagaimanapun, habuk dari kacang soya menimbulkan alahan pernafasan yang serius bagi individu yang sensitif.


Kembung Perut

Kacang soya, sama seperti semua legum lain, mengandungi hidrokarbon jenis oligosakarida di dalam kulitnya yang menimbulkan kembung dalam pencernaan. Merendam dan memasak soya menyingkirkan kebanyakkan bahan yang menimbulkan masalah kembung ini.


Soya yang dihasilkan secara genetik

Walaupun tidak ada masalah kesihatan yang dikenalpasti kerana ini, tetapi penanaman soya genetik mungkin membawa ancaman kepada alam sekitar.







Sumber Rujukan : Buku " Makanan Sihat " oleh George D. Pamplona - Roger, M.D.