Buku Kumpulan Cerpen "Menggenggam Inspirasi" karya Edward Solibi
Kembali semula dengan ulasan buku terbaru, hehee
Sekadar ingin berkongsi kemeriahan dunia perbukuan di negara sendiri, dan masih belum banyak lagi buku yang dibeli di luar sana. Apa yang saya kongsikan adalah sebahagian daripada buku yang sudah saya habiskan bacaannya.
Semoga dengan sedikit perkongsian kecil ini, mampu menarik minat lebih ramai pembaca dan mengenali lebih ramai penulis tempatan yang ada.
Kali ini, saya ingin berkongsi salah satu koleksi buku yang bertajuk "Menggenggam Inspirasi" karya Edward Solibi.
Saya mengenali penulis yang berasal dari Tamparuli, Sabah ini sejak saya secara peribadi mula aktif menceburkan diri dalam bidang penulisan pada tahun 2020.
Sesungguhnya, belum ramai lagi kenalan penulis yang saya tahu, apalagi penulis di luar sana. Kehadiran penulis lama dan baharu bagai cendawan tumbuh selepas hujan, terlalu ramai hingga saya kekaguman melihat kelebihan yang ada pada penulis - penulis generasi baru.
Edward Solibi salah satu penulis Sabah yang sangat prolifik dalam menghasilkan karya dan sering namanya muncul dalam keratan akhbar setiap hujung minggu.
Apabila saya mendapat tahu penulis ini telah menghasilkan sebuah buku sulungnya, saya terus berhubung kepadanya untuk mendapatkan tempahan buku tersebut.
Seperti dalam tajuk bukunya, Edward Solibi terus tekad ingin menggenggam inspirasi dalam perjuangannya menghasilkan karya sastera.
Buku kumpulan cerpen ini memuatkan 20 karya cerpen yang dihasilkannya. Dan kebanyakkan karyanya berunsurkan isu semasa dalam kemasyarakatan, politik, dan konflik diri.
Tidak semua karya dalam buku ini akan saya ulaskan kerana tidak ingin menjadi spoiler yang begitu ketara. Biarlah dengan ulasan ini, pembaca tertarik dengan isi karya dalam buku penulis ini.
Dalam karya cerpennya yang bertajuk " Sebuah Jambatan Kehidupan", saya dapat menyimpulkan bahawa jambatan yang telah terbina itu bejaya menyatukan hubungan mobiliti penduduk daerah Tamparuli. Terdapat sedikit imbas kembali yang mengisahkan perjalanan pembinaan jambatan tersebut juga mengaitkan sedikit isu politik negeri yang masih menjadi persoalan kepada nasib penduduk yang belum terbela.
Isu dalam kampung juga masih belum terbela lagi-lagi sistem politik yang masih belum kukuh kekebalannya, watak utama memikirkan tentang nasib rakyat sekiranya kebajikan daerah itu yang sampai sekarang masih belum terlunas meskipun sudah berulang kali disuarakan di hadapan parti politik.
Di sini, tugas kita sebagai rakyat bukan hanya menunggu namun bertindak untuk turun padang sekali menguatarakan permasalahan yang masih belum terjawab di kampung.
Dalam karya cerpen Edward yang bertajuk " Dua Pilihan", menceritakan tentang persoalan dirinya dalam mengejar makna kesederhanaan hidup. Pilihan yang dimaksudkan Edward kepada watak utama yang bernama Tom itu mengaitkan tentang tanggungjawabnya terhadap keluarga dan alam pekerjaan.
Tom yang merupakan usahawan berjaya itu tetap bersikap merendah diri dalam mengejar kualiti hidupnya. Gurunya yang telah banyak membawa dirinya ke pangkal jalan untuk merealisasikan segala keinginan di dalam hidupnya.
Meski keadaan masa lalunya tidak sempurna bahagia seperti kanak-kanak yang lain, dia tetap menganggapnya sebagai suatu sejarah yang akhirnya mendewasakan dirinya untuk hidup cemerlang hingga saat ini.
Saya secara peribadi cukup berterima kasih dengan kesungguhan penulis ini mengkaryakan pemikirannya kepada pembaca, kerana mesej sebeginilah akan membantu para pembaca turut sama-sama mengorak langkah ke hadapan tanpa memikirkan permasalahan hidup yang tidak ada noktahnya.
Anda boleh menndapatkan buku ini dengan mengubungi penulis ini menerusi laman Facebook rasminya:
1 Comments
Terima kasih Jouvie...🤝🤝
ReplyDeleteTerima kasih kerana sudi baca blog Jovie! Sebarang pandangan, cadangan dan penambahbaikan bolehlah diulaskan di ruang komen ini. Untuk hasil karya puisi admin adalah tidak dibenar sama sekali untuk meniru dan diambil sepenuhnya idea karya melainkan atas keizinan daripada admin.