Kuaci Mempunyai Kebaikan & Khasiatnya
Kuaci?
Inilah makanan yang paling dicari ketika datangnya musim perayaan!
Semua orang pasti mencari kuaci di atas meja sebagai bahan kunyah apabila berkumpul beramai-ramai...
Bahkan ketika sedang menonton drama atau filem bersama sahabat, pasti kuaci ada di samping kita ketika makan.
Rasa kosong jika tiada benda ingin dikunyah, kan?
Kuaci dikenali sebagai biji bunga matahari.
Dalam bahasa Perancis ia dikenali sebagai Graine Du Tournesol.
Dalam bahasa Sepanyol ia dikenali sebagai Semillas De Girasol.
KANDUNGAN NUTRIEN YANG TERKANDUNG DALAM SEBIJI KUACI:
- Protein
- Karbohidrat
- Serat
- Vitamin B1
- Vitamin B2
- Niasin
- Vitamin B6
- Folat
- Vitamin C
- Vitamin E
- Kalsium
- Fosforus
- Magnesium
- Zat besi
- Kalium
- Zink
MANFAAT KUACI ( BIJI BUNGA MATAHARI ):
1) Menurunkan paras kolesterol dalam darah
2) Menghalang Kemerosotan arteri
3) Mengurangkan kelekitan platelet
4) Mencegah darah beku dan serangan jantung
5) Memperbaiki keanjalan kulit
6) Mencegah sel-sel daripada kesan penuaan
7) Menguatkan kuku dan rambut
8) Mengurangkan jumlah rambut putih
9) Memulihkan kulit bermasalah
10) Membantu memulihkan diabetes
11) Keperluan nutrisi untuk penyakit anemia
12) Mencegah penyakit kanser
13) Meningkatkan pertumbuhan sel-sel saraf dan otak
14) Menyihatkan tulang
15) Memeri kesan mood lebih baik
16) Meringankan insomnia
Kuaci juga merupakan salah satu makanan untuk arteri.
Biasanya, kuaci atau biji bunga matahari dimakan mentah selepas ia diserakkan atas permukaan lalu dikering selepas beberapa hari bergantung pada kondisinya. Namun, ada sesetengah orang yang panggang dan ia jadi lebih berperisa tetapi nutrisinya akan terjejas jika dipanggang dalam tempoh yang lama. Dan ia juga boleh dikisar menjadi pes; ini lebih mudah untuk dimakan oleh kanak-kanak mahupun orang tua terutamanya mereka yang kurang gigi.
Oleh itu, jangan dipandang remeh makanan yang bernilai murah. Justeru itu, ia adalah makanan yang sering membantu kita untuk menyegarkan mood kita ketika kita sedang berkumpul bersama kawan, saat menonton drama atau filem bahkan ketika perayaan pun hidangan kuaci adalah antara makanan wajib yang harus tersedia di atas meja.
0 Comments
Terima kasih kerana sudi baca blog Jovie! Sebarang pandangan, cadangan dan penambahbaikan bolehlah diulaskan di ruang komen ini. Untuk hasil karya puisi admin adalah tidak dibenar sama sekali untuk meniru dan diambil sepenuhnya idea karya melainkan atas keizinan daripada admin.