Norma-Norma Yang Baik Dalam Perhubungan Suami Isteri
Isteri cantik permainan mata,
Isteri budiman tajuk mahkota.
Perempuan bagus suntingan dunia,
Perempuan beriman sangat mulia.
Suami isteri harus sekata,
Jauh segala silang sengketa.
Suami tempat isteri bergantung,
Kepadanya serahkan nasib dan untung.
Jika suami tak berhati lurus,
Isterinya kelak menjadi kurus.
Sungguh suami pegang kuasa,
Jika seorang ia binasa.
Suami isteri tubuh yang dua,
Sekata hendaknya sampai [ ke ] tua.
Sumber:
Puisi Melayu Tradisional; Satu Pembicaraan Genre dan Fungsi, Harun Mat Piah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1989.
0 Comments
Terima kasih kerana sudi baca blog Jovie! Sebarang pandangan, cadangan dan penambahbaikan bolehlah diulaskan di ruang komen ini. Untuk hasil karya puisi admin adalah tidak dibenar sama sekali untuk meniru dan diambil sepenuhnya idea karya melainkan atas keizinan daripada admin.