APAKAH ITU HIV?
Sejenis virus yang menyerang sistem ketahanan badan manusia sehingga ia tidak berupaya melawan serangan penyakit. Orang yang dijangkiti HIV ( dipanggil pembawa HIV ) selalunya kelihatan normal ( tidak sakit ) dan tidak sedar dia telah dijangkiti virus ini. Ini adalah kerana virus ini mungkin memerlukan beberapa tahun untuk melumpuhkan sistem ketahanan sehingga seseorang itu jatuh sakit.

APAKAH ITU AIDS?
AIDS adalah peringkat akhir jangkitan HIV bilamana ketahanan badan telah lumpuh dan seseorang itu diserang penyakit-penyakit serta barah tertentu ( AIDS defining condition ) seperti:
  • Hilang berat badan ( melebihi 10% ).
  • Cirit-birit berpanjangan.
  • Jangkitan paru-paru Pneumocystis Carinii.
  • Jangkitan Cytomegalovirus ( paru-paru, otak dan retina.
  • Tibi
  • Jangkitan Fungus seperti Candida dan Histoplasma.
  • Jangkitan Toxoplasma otak.
  • Jangkitan Herpes Simplex dan Herpes Zoster ( Kayap ).
  • Jangkitan Protoza seperti Cryptococcus, Microsporidium dan Isospora.
  • Barah seperti Kaposi Sarcoma dan Limfoma.

BAGAIMANA HIV DIJANGKITI?
  1. Hubungan seks dengan orang yang dijangkiti HIV.
  2. Perpindahan darah yang dijangkiti melalui perkongsian jarum suntikan dadah atau melalui transfusi darah yang dicemari virus ini.
  3. Dari ibu yang dijangkiti HIV kepada kandungannya sebelum dan semasa bersalin serta melalui penyusuan badan.


FAQs ( Jawapan Kepada Kemusykilan Anda )

Bolehkah HIV hidup di luar tubuh manusia?
HIV tidak boleh hidup lama di luar tubuh manusia dan akan musnah oleh suhu yang tinggi lagi kering, sabun/pencuci, air dan disinfektan.

Bolehkah HIV dijangkiti melalui seks oral?
Risiko jangkitan timbul sekiranya air mani atau cecair faraj pasangan yang dijangkiti masuk di dalam mulut dan terdapat luka/rekahan/ulser/dalam rongga mulut.

Adakah ubat untuk menyembuhkan penyakit ini?
Tiada. Pencegahan adalah kaedah terbaik untuk mengawal penularan virus ini. Jauhi dadah dan zina adalah tuntutan terbaik. Penggunaan kondom dalam hubungan seks serta tidak berkongsi peralatan menyuntik dadah adalah alternatif lain dalam mengelakkan seseorang dari jangkitan HIV.

Adakah ubat untuk merawat penyakit ini?
Ubat ARV boleh melewatkan progres penyakit serta meningkatkan kualiti hidup orang yang menghidap HIV/AIDS.

Bolehkah HIV dijangkiti dengan menderah darah?
Anda tidak akan dijangkiti dengan menderma darah kerana peralatan pakai buang yang digunakan juga sucihama. Jangan menderma darah sekiranya anda atau pasangan anda disyaki atau menghidap HIV.

Bolehkah saya dijangkiti melalui sentuhan kasual?
Tidak.HIV tidak dijangkiti melalui aktiviti harian ( di tempat kerja, sekolah, ataupun kemudahan sosial ) seperti bersalaman, makan bersama, bersukan memegang tombol pintu, menggunakan kemudahan awam seperti tandas atau telefon, memegang binatang dan sebagainya.

0 Comments