Hai semuanya! 


Ramai orang sangat meminati dunia penulisan, namun bukan semua orang mampu berani berhadapan dengan  cabaran dunia penulisan. Memasuki dunia penulisan memerlukan niat yang konsisten dan bersedia menerima kritikan luar tentang karya yang anda hasilkan. Bahkan penulis bukan setakat menulis, penulis muda mahupun veteren perlu teruskan membaca karya-karya penulis yang lain untuk meningkatkan mutu penulisan sekaligus juga ia mampu meransang minda dan pemikiran kita untuk meningkatkan nilai bahasa dalam skill menulis anda.

Di sini Jovie berkongsi tentang seorang penulis ini yang mula menjinakkan diri dalam dunia penulisan hingga mampu menghasilkan sebuah buku novel pertama hasil karyanya.


Fiona FJ ( Nama pena )

Novel pertama Fiona

Judul : Peristiwa Sazlina Watie
Genre : Fiksyen
Tema : Pengembaraan
Tahun Terbitan : 2020
Penerbit : Iris Publishing & Distributer
Harga : RM30
Muka surat : 174

Sinopsis :

Buku ini mengisahkan tentang Sazlina Watie  yang merupakan seorang ahli sihir muda di Wonderland, dan dia ingin membantu orang kampung. Dia membuat jampi Living Magic dan memberikannya kepada orang kampung namun menempuh pelbagai cabaran terutama daripada komuniti ahli sihir. Dapatkah dia membantu orang kampung? Bagaimana dengan penerimaan komuniti ahli sihir yang tidak sukakan manusia? Ikuti pengembaraan Sazlina.

Pada permulaan cerita, Sazlina dihalau dari Wonderland dan mulai menjelajah ke beberapa daerah dan negeri bersendiriaan, sehingga satu-persatu kawannya serta keluarganya datang menyertai misi dia dalam membantu manusia.

Pada tengah cerita, Douglas, dan komuniti ahli sihir Wonderland, yang juga merupakan kumpulan Denim, telah diserang oleh manusia bernama Roger. Sazlina Watie mencari manusia itu, sehingga pil Living Magic diracun. Dia mengesyaki rakan subahat Roger berada bersama mereka. Dia juga telah dipilih oleh permata skolarik memiliki kuasa hebat untuk menumpaskan pembelot di antara mereka.

Sazlina terhimpit samada ingin terus menolong manusia dengan mendedahkan identiti atau terus menyamar menjadi manusia. Namun segalanya menjadi lancar kerana orang kampung mulai melihat jasa budi Sazlina biarpun dia merupakan ahli sihir yang patut dijauhi manusia.

Manusia menerima pil Living Magic, sehingga akhir cerita menceritakan ketamakan kawan Sazlina sehingga kejadian bertemu ayahnya, Riki yang menyertai lanun di laut.


***

Pasti anda belum mengenali latar belakang penulis tempatan ( Sabah ) ini. Berikut adalah sedikit latar belakang si penulis ini:

Biodata Ringkas Penulis


Nama Penuh : Fiona Florisca Jominis
Nama Pena : Fiona FJ
Asal : Kudat, Sabah.
Sekolah :
  • Sekolah Rendah Kebangsaan Pinawantai, kudat.
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Pinawantai, Kudat.
  • Universiti Malaysia Sabah ( Graduasi pada Oktober 2019 )

Penulis suka membaca buku fantasi atau buku fiksyen dan bukan fiksyen.
 
Kebanyakan buku yang penulis baca dipinjam dari Perpustakaan Kudat, Sabah. 

Penulis merupakan anak keempat dan lima adik beradik. 

Selain itu, penulis memulakan penulisan seawal 2018, iaitu semasa di ruang belajar universiti lagi. 

Karya cerpen penulis pernah diterbitkan di dalam akhbar Utusan Borneo dan New Sabah Times pada tahun 2020.

Dengan penerbitan buku pertama bertajuk Peristiwa Sazline Watie pada September 2020, penulis merasa begitu gembira dapat memulakan perjalanan sebagai penulis muda yang masih belajar. 

Harapan penulis, semoga dengan penerbitan buku pertama ini dapat menarik minat remaja dan orang muda dalam menjiwai penulisan, dan seterusnya menjadikannya sebagai inspirasi untuk berkarya dalam dunia penulisan. 

Penulis ini mendapat inspirasi daripada Taylor Swift, penyanyi dan penulis lirik, dengan idol itu, penulis menjadikan penulisan sesuatu yang perlu dalam hidup untuk mencurahkan isi hati dan segala memori silam penulis suka atau duka. 

Harapan penulis untuk penulis muda ialah semoga penulis muda menimba pengalaman dari salah dan silap serta pengalaman dari mengikuti sebarang pertandingan bagi menaikkan nama dalam dunia penulisan. Penulis berharap di masa hadapan, dia akan mendapat nama dalam dunia penulisan lalu dapat menerbitkan banyak buku untuk remaja dan orang muda. 

Cita-citanya cukup sahaja menjadi penulis yang banyak menghasilkan karya fiksyen dan seterusnya mencuri hati para remaja dan orang muda. 

Kepada anda yang ingin mendapatkan buku karya pertama penulis ini, anda boleh berhubung secara lansung kepada penulis ini :


Fiona Florisca Jominis  ( contact no ):
+601126843395 ( whatsapp/ SMS / Call )


Lawati Link Rasmi Fiona :
https://fionafj4.wixsite.com/fionafjwriter-1


Ikuti Perkembangan Fiona :


Facebook
  

https://www.facebook.com/fionaflo.95

Intagram

https://www.instagram.com/fionaflo28/?hl=en
Youtube

https://www.youtube.com/channel/UCZz-SHhrttqLSBwGVfRqEXw

Emel

fionafj13@gmail.com



"Tingkatkan Minat Membaca & Menulis Anda !"



#penulismuda
#duniapenulisan
#Sabahanwriter
#sasterajiwabangsa
#semarakkannilaimembaca

0 Comments